Monday, March 31, 2014

Bukit Bendera

okk aku memang dah lama dah aim nak naik bukit bendera tapi biasalah tak ada kesempatan...

dan hari sabtu 29/03/2014 aku dan keluarga aku pergi bukit bendera!!!! yeeeahhhhhh...planning nie tak di rancang...dan dan ayah pon setuju nak pergi penang....so memang tak rancang lah...ingat nak bawak ayah ibu n adik ronda ipoh jer...ntah macam maner akak boleh cakap pulak nak naik jambatan kedua pulau pinang...memandangkan jambatan tu free untuk bulan march jer jadi ayah pon setuju untuk pergi ke pulau pinang...



okk kami gerak dari ipoh dalam tengahari macam tu...dan balik semula ke ipoh pada lewat petang...memang tak nak tido kat ipoh pon...perjalanan dari ipoh ke penang dalam 2 jam macam tu....jadi tidak ada masalah kalau kitaorang nak balik hari jer...



tempat pertama yang kitaorang pergi ialah..jambatan sultan abdul halim muadzam shah...jambatan kedua pulau pinang yang di buka pada 1 march yang lalu oleh perdana menteri...dan di beri lalu tanpa bayar tol selama sebulan...jadi kitaorang pon mengambil peluang untuk lalu jambatan tersebut...



lepas tu kami pon bergerak ke bukit bendera....memandangkan hujung minggu dan cuti sekolah...harapan nak dapat naik train dengan senang nya adalah tinggal harapan...ok nak beli tiket memang senang...berapa yer harga tiket? okk nak bagi tahu lah nie...


  • dewasa    RM8 (I/C)   RM30 (NON-IC)
  • senior citizen (age 55 and above)  RM 4 (IC)  RM 15 (NON IC)
  • kanak kanak RM 4(IC)  RM15 (NON-IC)
  • student (with student pass) RM 4 (IC)  RM 15 (NON IC)
  • OKU - COMPLIMENTARY
  • FAMILY PACKAGE 
  • 2 adult + 1 child  RM17 (IC)  RM65 (NON IC)
  • 2adult + 2 child   RM 18 (IC)  RM70 (NON IC)
  • 2adult + 3 child   RM 19  (IC)   RM 75 (NON IC)
  • ONE WAY ADULT RM 5 (IC)  RM17 (NON IC)
  • ONE WAY CHILD  RM 2  (IC)  RM 10 (NON IC)
okk waktu beroperasi kalau weekday dari 6.30pg-10.00 mlm..kalau weekend dari 6.30pg-11.00 mlm


queue up untuk tiket tak panjang...tapi queue up nak naik train giler lah...nak buat macam maner masa tu pulak hari hujan...then memang train akan jadi lambat cikit lah...habis dah kanak kanak meroyan..


okk untuk maklumat korang ekk yang maner yang nak bawak kanak kanak kecil tu dan trolley dy tu sekali adalah tidak di galakkan..sebab nanti masa korang nak naik dan turun train pakai tangga jadi dengan orang ramai dan trolley tu lagi macam dah membuatkan perjalanan tu tersangkut sangkut...dan tolong fikirkan orang lain jugak nak naik train tu...