Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014

tahun nie 2014 nie macam semua rakyat malaysia sedia maklum bahawa malaysia antara negara yang tempias di sebabkan kepansan suhu global...


pada bulan yang mulia ini bulan Ramadhan pasti semua orang tertunggu waktu berbuka untuk menikmati air yang di beli di bazar atau pon yang di buat sendiri...


aku sendiri akui puasa kali ini aku lebih banyak minum air berbanding makan...selepas sahaja bacaan doa untuk berbuka sudah pastinya air menjadi keutamaan...


bagi aku ini adalah dugaan bulan Ramadhan kali ini...kepanasan yang kita rasa ia telah hydrate semua air yang ada dalam badan dan membuat kita akan mencari air dahulu berbanding untuk makan...


dan tahun nie aku nekad untuk menggunakan kata berjimat dalam berbelanja.. maklum lah orang tengah lapar dengan haus..semua kat mata nampak sedap....jadi berjimat lah ketika berbelanja...



untuk Ramadhan tahun ni...jaga kesihatan diri dan banyakkan minum air pada waktu sahur dan juga berbuka...supaya badan kita tak hydrate....bagi negeri yang dalam keadaan berjerebu...jaga kesihatan diri..stay indoor...supaya korang tak kena kesan dari jerebu.minum air yang secukupnya...disamping itu kita dapat menunaikan ibadat sampingan ketika berpuasa...


SALAM RAMADHAN 2014M 1345H..

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua pembaca dalam blog nie...bagi aku bulan yang di rindui oleh semua umat islam di atas muka bumi Allah ini..kerana setiap hari adalah hari beribadat..ganjaran berlipat kali ganda...



Pada bulan yang mulia ini sama sama kita mendapat syafaat daripada-Nya...


Banyak yang aku ingin buat pada bulan yang mulia ini...selain melakukan ibadat Akhirat tak juga ibadat di dunia ini...



Pada aku bulan ni secara kita tak lansung kita berdiet..sebab kita berpuasa padaa siang hari dan makan sehari 2 kali sahaja...pada waktu sahur dan juga maghrib berbuka..


Kita juga di nasihat supaya tidak membazir ketika berbuka..amalan syaiton...bersederhana lah ketika membeli atau memasak di rumah...adakala apabila kita lapa kita akan lebih mengikut nafsu berbanding apa keperluan kalori badan kita...


Jadi sama sama lah kita bersederhana apabila sampai ke bulan yang mulia ini.. adakala nya kita tak sedar apa yang kita buat tu..jadi sama sama lah kita bermuhasabah diri kita di bulan ramadhan ini..



SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1435 HIJARH




NU Sentral, KL Sentral

Sebuah shopping complex yang di gabungkan dengan KL sentral...menjadi NU Sentral..kalau korang perasan di hujung KL sentral berhampiran pintu yang pergi ke stesen monoril KL sentral di situ terletaknya NU sentral...


Dan sekarang kalau korang nak ke stesen monoril KL sentral tak payah bersusah payah jalan kaki melintas jalan bagai...korang boleh jalan melalui NU Sentral nie dah sampai ke stesen...sila ikot penanda yang telah di berikan..senang sahaja kalau korang masuk dari kedai big apple tu yang dekat dengan antie anne tu korang kena terus jer sampai lah ke stesen...



Kewujudan NU sentral ditalh siap di bina pada awal tahun nie...memandangkan aku nie dah lama gile tak balik naik tren or bas nie lah jadi nya...jadi jakon kejap...nasib lah balik ke seremban baru nie kena balik naik tren...











NU sentral nie shopping complex yang design nyeer seakan akan seperti pavilion di KLCC...design moden...serius cantik...ada banyak outletyang masih belum buka maklum lah masih baru...tapi apa yang aku nampak out let yang dah buka ada McD dalam tu MPH store..ada fish manhanttan market..ada kedai sukan like adidas puma nike...ada outlet makanan kat belah atas second last..ada GSC Cinema yang itu aku tak confirm dah buka atau tidak...



so ada yang masih tak tahu tentang kewujudan NU Sentral di KL Sentral?? kalu masih tak tahu dan nak pergi sila lah pergi..tak susah nak mencari...kalau turun di stesen KL Sentral just jalan terus menuju ke burge kings jumpa lah NU Sentral nie..

Friday, June 27, 2014

Kena sengat dengan lebah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mak oiii sakit nya ko kena sengat dek lebah..ntah maner datang nye lebah nie tetiba jer sengat aku yang tengah dok sedap layan movie kat laptop kesayangan aku nie...


Pertama sekali aku hentak dulu lebah tu bukan guna tangan tetapi remote tv..hahaha..tu jer yang paling dekat...lepas tu aku keluar alah yng kat hujung bontot lebah tu..apa tah nama dy..


Lepas tu aku dah gatal...aku pon pergi lah tuam denga air batu...lega sekejap...tapi lepas tu gatal balik...huurmm...lepas tu buat apa?? Apa lagi google lah..tengok petua oang dulu dulu macam maner...adoiii nama nak pergi klinik malam malam macam nie huurmm tak ada harapan lah kan...


Ada terjumpa beberapa petua yang maner aku kena tengok yang sesuaian dengan barang yang ada dalam rumah nie...antara yang aku jumpa..


Tuam dengan air batu
Letak garam yang di campur dengan air dekat tempat kena sengat (nie yang aku buat)
Letak ubat TYT (malang nya aku tak ada ubat ni)
Pergi klinik ambik injection


Tu antaranya...lepas tu aku tengok yang sesuai dengan aku ialah garam yang di campur dengan air...aku pon try lah buat...dengan penuh keredhaan dan beserah jer lah...


Aku pon buat...lepas jer aku letak dalam 1 minit camtu aku rasa kepedihan...bila aku baca balik memang ada rasa pedih sebab garam tu bertindak untuk mengeluar kan bisa...dan biarkan selama ½ jam



Alhamdulillah lepas jer aku buat...bengkak dah surut..dah tak ada warna merah lagi dah...alhamdulillah...tinggal gatal gatal jer...


Maybank treat fair 2014

Okk last week balik ke seremban dan pergi menghadiri maybank treat fair di mid valley megemall..


Yang mane tak pernah dengar tu mesti pelik kan..okk meh sini aku cerita sikit apa sebenar maybank buat nie...apa ada dekat sini semua bagai lah...


Okk dekat sini ada jualan barangan elektrik khusus nya sebab apa aku kata macam tu...mak dengan ayah aku jadi gile bila tengok barang kat situ...jualan barang jauh lebih murah berbandng kalau kita pergi ke kedai yang menjual barangan elektrik..dekat sini juga mereka yang menjual memberi kita pilihan di mana sama ada mahu membeli menggunakan point yang di kumpul ataupon menggunakan kad untuk mendapat point..ada diantara pelanggan menggunakan separuh point dan separuh lagi adalah kad...


Kalau korang pengguna maybank kad sama ada visa kad, petronas kad atau pon apa apa penggunaan kad dari maybank mesti korang dapat bank statement dari maybank yang mengata kan ada point terkumpul dari pembelian korang yang menggunakan kad maybank..jadi point tu korang kumpul dan tebus pada masa nie...


Barangan yang boleh di tebus adalah sama ada barangan elektrik secara pembelian ataupon mahukan barangan exclusive dari maybank...macam ayah point yang di kumpulkan dia dapat beli air cooler untuk rumah..dan ayah ada membeli beberapa barangan lain...sampai penuh lah 1 kereta tu..nasib baik dah penuh kalau tidak mahu di beli macam macam lagi....


Okk akak dan ayah aku adalah pengguna maybank kad nie semua lah...so akak aku tak membeli sangat..Cuma ayah aku jer yang dok membeli  nie...akak aku lebih kepadan nak redeem point untuk mendapatkan barangan exclusive dari maybank...jadi akak aku telah dapat wireless mouse, tempat simpan external harddisk dan beg isi laptop..pada aku beg laptop tu boleh lah setakat lepas nak isi laptop n charger...



Ada mini konsert kat sana juga adalah artis malayasia yang datang...masa aku pergi tu ada bob alah bob mesra af2 tu..ada fahrin ahmad...ada hafiz hamidun...lagi ntah siapa lah aku pon tak kenal sangat...tengok lama kan aku kat mid valley tu....punya bersesak sesak untuk mendapat barangan yang di idamkan oleh pelanggan pelanggan maybank...dan ada gift dari maybank yang ayah dapat ialah powerbank, mug like a cawan starbuck..like jer tapi bukan sama pon..dan ada 1 beg baju..beg baju tu adik yang dapat ayah kata nie ‘beg budak asrama’ gile kejam bunyi nya...


Thursday, June 26, 2014

Transformers Age of Extinction

Pastinya peminat transfomers yang mengikuti cerita nie dari tahun 2007 kemunculan di pawagam seterusnya menyambung kan kembali transformers revenge of the fallen pada tahun 2009.. transformers kembali beraksi dengan transformers dark of the moon pada tahun 2011....


Pada tahun 2014 transformers sebuah filem box office yang di tungggu segenap lapisan masyrakat di Malaysia mahupon di dunia…pada musim summer lah kebanyakkan cerita box office di Hollywood di tayangkan tidak terkecuali di Malaysia..


Bagi peminat transformers cerita kali ini  Age Of Extinction sangat sangat di nantikan…sehinggakan ada yang sanggup menempah tempat duduk seminggu lebih awal…dan hampir semua kebanyakkan syarikat pawangam memberi penempahan awal kepada pelanggan pelanggan mereka…


Meh sini aku cerita sedikit pasal cerita nie..maklum lah peminat lah katakan…dari dulu follow up cerita nie… cerita nie di tayangkan secara umum pada hari ini..hall di pawangam pada aku agak penuh tapi tak sepenuh cerita maleficient tu full house terus…setiap showing penuh jer mungkin cerita maleficient keluar pada musim cuti sekolah jadi kebanyakkan ibubapa membawa anak anak untuk menonton..


Cerita Age Of Extinction ni berbeza dengan sambungan transformers 2 dan juga 3…kenapa berbeza aku kata sebab pelakon pon berbeza..transformers 4 tiada lagi sam witwicky tiada lagi Mikaela Banes...itu yang pertama kali kita perasan..pelakon utam di terajui oleh Cade Yeager Joshua Joyce Tessa Yeager Harold Attinger Shane Dyson tu adalah watak watak di dalam transformers 4 dan semua watak tersebut adalah baru...transformers 4 bukan lah kesinambungan antara transformers yang dulu dulu...


Cerita Age Of Extinction nie bermula dengan cade yang suka mengumpul kan barangan besi terpakai dan di ubah menjadi robot tetapi hampir semua robot yang di bina tiada kesempurnaan yang lengkap..cade mempunyai seorang anak bernama tessa …rumah yang mereka duduki di lelong oleh pihak bank kerana tiada kemampuan untuk membayar…suatu hari cade mengemas sebuah panggung wayang lama menjumpai sebuah trak yang terbiar..cade membeli dan di bawa pulang ke rumah untuk dibaiki…tetapi trak tersebut bukan sebuah trak biasa trak tersebut adalah optimus prime yang menyamar menjadi trak usang.. kerana manusia semua memburu autobots dan mereka menganggap autobot adalah membawa bencana kepada manusia…jadi pihak berkuasa memburu semua autobot yang ada di bumi..satu per satu autobot di musnahkan oleh pihak berkuasa.. Joshua Joyce dan juga Harold Attinger berkerjasama dengan pihak lain.. Joshua menggunakan sains dan teknologi untuk membuat robot yang menggunakan otak megatron untuk mengambil beberapa bahan penting untuk di masukkan ke dalam robot yang di buat oleh Joshua..tetapi kesempurnaan robot yang di cipta oleh Joshua tidak setanding seperti robot yang sedia ada...


Seperti biasa kita akan lihat beberapa pertempuran yang hebat di antara optimus prime dan sekutu nya dengan robot baru yang di cipta dan ada robot lain juga sertai untuk misi membalas dendam...


Dapatkah autobot mengalah kan robot baru?? Dan adakah robot baru ingin berkerjasama dengan optimus prime demi kepetingan sejagat?? Adakah kemenagan masih lagi berpihak kepada optimus prime dan kawan kawan?? Dan yang paling penting adakah lagi sekuel dari transformers???



Semua persoalan tu korang semua boleh dapat kan didalam cerita transformers age of extinction...bagi siapa yang peminat transformers korang akan dapat rasakan debaran pertempuran yang hebat di antara robot robot di dalam cerita nie..jadi apa tunggu lagi pergi lah booking da beli secara online di mana mana pawangam terdekat dengan korang semua...lagi senang dari berbaris beratur di kaunter...

Tuesday, June 24, 2014

Touch n Go

Okk pergunaan kad touch n Go bukan setakat di tol di semanjung malaysia malah pengakutan awam macam komuter ERL MONORAIL STAR...kalau korang bukan lah yang gemar beratur untuk mendapatkan tiket perjalanan..kad Touch n Go adalah penyelesaian terakhir..


Penggunaan pada komuter sekiranya korang pengguna setia komuter pergi dan balik korang dengan komuter lebih baik korang dapatkan pas bulanan dari pihak KTM..sebab lebih jimat berbading pas harian sama ada membeli di kaunter ataupon menggunakan kad touch n Go...


Pada penggunaan MONORAIL  atau STAR yang itu setahu aku tidak ada pas bulanan seperti komuter..tetapi kemudahan yang paling senang adalah menggunakan kad touch n Go sahaja untuk membuat perjalanan berbanding membeli ‘coins’ di kiosk sebelum membuat perjalanan...


ERL sama ada korang kena membeli tiket seperti MONORAIL atau STAR ataupon korang beli jugak pas bulanan..tetapi di ERL ada travel card..ini kepada yang biasa guna ERL seperti student stewdess penjawat awam yang kerja di putrajaya ini meerupakan pengangkutan utama bagi meraka untuk ke destinasi...senang bukan di malayasia..


Kenapa aku kata ia mudah? Korang Cuma reload di kaunter kalau tak cukup baki atau dah habis duit dalam kad di komuter MONORAIL STAR kebanyakkan station ada perkhimatan nie...kalau dah ada duit dalam tu just touch pada tempat kita nak keluar dengar bunyi beep 2 kali dan korang boleh teruskan perjalanan...dan lagi satu korang tak payah nak beratur bagai nak pergi beli tiket semua bagai...itu semua leceh dan ambik masa yang lama untuk membuat urusan..lebih lebih lagi masa waktu puncak..lagi lah orang ramai nak balik kerja lagi ken beratur semua...


Dengan ada nya touch n Go ia memudah kan urusan kita semua...senang pon senang....


Okk sekarang ada promotion dapatkan kad touch n Go di KL sentral..sampai bulan julai...so kepada yang masih belum dapat kan korang boleh dapat kan di KL Sentral...pada aku agak murah lah promotion..beli kad tounch n Go dengan harga RM5 dan didalam tu ada RM20..korang kena caj sebanyak RM25 sahaja berbanding korang kena beli kad di luar sebanyak RM10 dan tiada duit didalam kad...so pada siapa yangmasih belum dapat kan korang boleh dapat kan kad touch n Go di mana mana kiosk atau petrol station yang jual..


Bukan setakat penggunaan di public transport sahaja tetapi korang boleh gunakan di tol semamnjung malaysia...senang tak perlu beratur untuk mendapatkan tiket plus tu...masa perjalanan juga dapat di pendek kan...


Jadi dengan ada nya kad touch n Go nie dapat menyenangkan perjalanan korang semua..sama ada dengan menaiki kenderaan sendirian ataupon dengan menggunakan public transport..kalau nak lebih advanved ataupon mempunyai duit lebih membeli smart Tag...lagi senang perjalanan korang yang menggunakan public transport...





Wednesday, June 18, 2014

Tema bollywood???

Pertama kali bila aku dapat tahu yang kolej akan buat makan malam untuk pelajar akhir.. aku jadi hah?? Nak datang ke tidak?? Nak ke tidak...dengan tema dy bollywood tu...


Perghhh aku nie bukan jenis tengok cerita hindustan semua bagai...aku nie tengok cerita kat hbo, fox dan sewaktu dengan nya...mana lah aku buka channel cerita tu...


Apa baju nak pakai pon aku tak tahu...takkan nak pakai sari..perghhh tak selesa aku...penat aku memikirkan apa yang aku nak pakai pada malam tu nanti...


Kawan aku ajak cari baju untuk makan malam tu nanti...huurmmm aku masa tu masih tak buat keputusan lagi nak pakai baju apa...dan memang aku dah tahu aku akan mencuba baju yang ada kat situ jadi aku ambik keputusan untuk memakai kemeja dan jeans untuk keluar..senang aku cuba baju tu nanti...


Jumpa ke tidak baju yang aku cari tu??? Maklum lah memilih sangat....tak per  tunggu jer lah next post atau tunggu jer aku post kat blog nie...hahaha....bukan senang nak tengok aku pakai baju yang laur biasa pada aku lah...pada orang lain aku tak tahu pulak...sebab aku dah biasa pakai apa yang selesa...bila kena pakai baju lain sikit aku akan jadi huurmm huurmmm hurmmm ekk...


Agak susah untuk aku sesuai kan diri untuk memakai baju yang aku tak pernah pakai...dan persoalan nya adakah aku akan pakai selepas tamat nya majlis makan mlam tu nanti?? Soalan yang padda aku tak ada jawapan sebab aku sendiri tak tahu kemana aku nak pakai baju sebegitu ke mana dan apa majlis yang sesuai....huuawwwrrgghhhh.....


Susah sangat buat pilihan...haa gasak ko lah apa nak jadi pon.....


Suatu malam kubur berasap 2

Okk hari ini aku tengok cerita suatu malam kubur berasap 2..


Pada aku, aku sendiri tak berapa nak faham cerita nya macam maner...tetapi cerita tu lawak dari segi kumpulan shiro dan juga azad sebagai watak utama...


Terlampau banyak sangat permainan hantu dalam satu cerita sampai aku rasa tak tahu sama ada ada kaitan ke tidak dengan kesemua hantu yang di tayangkan dalam cerita tersebut...


Meh sini aku terangkan...kalau aku salah mohon maaf lah...sebab masa aku taip entry nie pon aku dalam keadaan 60-40% jer nie...antara sedar dengan tidak sebab badan aku dah letih...letih sebab apa tu nanti aku cerita..


Kumpulan shiro berlakon dalam cerita ini mereka membawa watak seram tapi biasalah tak berapa nak seram sebab shiro dari aku kenal dyrang ni buat lawak memanjang...ajak shiro memegang watak sebagai nayan dan shahrol shiro memegang watak sebagai amir dan azad iskandar sebagai watak acoy...acoy nie sebagai pengurus kepada amir dan juga nayan...pada suatu hari amir dan juga nayan balik ke kampung..dalam pada yang sama si acoy nie pon ikot sekali balik ke kampung utnuk berjumpa dengan tok mat lokanan rahim..dalam rumah tok mat ada beberapa orang yang merupakan pesakit mental dan tok mat mempunyai anak bernama julia... amir, nayan dan juga acoy minat kepada julia...julia berkata kepada acoy yang menyuruh mereka tinggal kan rumah tok mat tetapi mereka terlambat sebab pesakit mental di rumah tok mat telah bertukar kepada hantu...dalam masa yang sama amir telah mendapat satu pesanan melalui mimpi tetapi mereka semua tak percaya akan mimpi tersebut...


Dapat kah mereka merungkai pesanan yang datang melalui mimpi tersebut?? Siapakah tok mat sebenar nya?? Siapakah julia di dalam ceirta ini??


Semua persoalan itu ada di dalam cerita suatu malam kubur berasap 2...yag telah di tayang kan di pawangam berdekatan dengan korang semua...


Pada aku cerita nie kelakar sebab ada kumpulan shiro...cerita CEO semalam aku tengok lagi kelakar dari cerita nie.. pada aku lah...tak tahu lah taste korang untuk tengok wayang macam maner...so apa apa pon terpulang lah pada korang nak tengok cerita apa di pawangam...kalau boleh support lah sikit filem melayu kita...

Tuesday, June 17, 2014

CEO filem komedi serius

Korang dah tengok filem CEO?? Filem ni berbeza dengan filem filem  melayu komedi yang lain…kerana dalam serius ada jenaka yang tersendiri…

Filem yang di lakonkan oleh beto khusyairi dengan remy ishak ini telah membawa jalan cerita yang tersendiri...adam lakonan remy ishak seorang CEO di sebuah syarikat di ibu kota telah di fitnah kerana menggolap duit syarikat..dan adam telah di pecat menjadi seorang pengemis jalanan kerana ke semua asset di bekukan…kemudian sufian abas lakonan beto khusyairi yang berkerja seorang penghantar pizza di sebuah syarikat pizza telah di tuduh merangut beg tangan bakal tunang adam dan sufian di tahan polis.. keesokkan hari adam di pecat dan sufian di ikat jamin oleh penguam syarikat…di mana peguam syarikat menyatakan arwah pakcik nya seorang pemegang saham di syaikat tersebut dan seterusnya menyerah kan ke semua saham tersebut kepada sufian..akhirnya sufian di lantik menjadi CEO menggantikan adam…

Adam terus mencari kebenaran untuk menyatakan diri nya tidak bersalah..di samping itu adam berjumpa dengan alloy seorang buskers untuk meminta bantuan selepas di pecat oleh tan sriuntuk meneruskan kehidupan seperti orang biasa.…

Pada suatu hari hari sufian dan nina telah memasuki bilik tan sri dan seterusnya telah mendengar konspirasi antara tan sri dan anak buah nya yang mengenakan adam yang di tuduh mengsonglap duit syarikat…
Adam, nina dan sufian merancang supaya tan sri dan anak buah nya dapat di adili dan di bawa ke muka pengandilan..

Dapat kah adam, nina dan sufian merancang untuk memerangkap tan sri?? Mengakukah tan sri itu semua kerja mereka??

Jawapan itu semua terjawab bila korang tengok cerita CEO di pawangam berhampiran dengan rumah anda…




Halal ker Haram sebenarnya nie??

kecoh sekarang nie...benda makanan kejap halal kejap haram...ada pihak kata halal ada pihak pulak kata haram..


benda makanan nie dah jadi waswas...bila waswas memang sebaik nya di elakkan..tetapi bagi penggemar coklat ia mungkin memberi kesan..bila hendak memilih buat lah pemilihan yang betul...


kemudian ada keluar statement dimana pegawai dari JAKIM yang ingin membuat demo untuk memakan coklat tersebut...pada kita memang pihak terbabit kena pastikan benda tu sama ada halal atau tidak..tetapi kenapa bila tiba pada demo tersebut pegawai terbabit tidak menjamah coklat dan hanya yang menjamah adalah sekumpulan blogger yang makan...


bagi aku bila benda nie terjadi ia cukup memberi tamparan yang agak hebat bagi kes coklat terbabit...ia menjadi kan tanda tanya sama ada coklat terbabit masih lagi halal atau tidak...



sepatutunya pihak terbabit perlu membuat uji kaji dengan lebih mendalam lagi tentang coklat terbabit dan buktikan kepada pengguna dimana coklat itu masih lagi halal atau tidak..tidak perlu lah mempergunakan pihak lain untuk mengkaji bahawa produk tersebut halal ke tidak...sekiranya halal atau tidak perlu dimaklumkan kepada pengguna..pengguna berhak mengetahui tentang status coklat terbabit...


aku dah lama tak makan coklat...tak terasa pulak nak makan dari awal tahun nie...kalau nak makan pon baik aku pergi beli nutella makan dengan roti..sedap wooo...nak sedap lagi dah sapu kat roti tu masuk kan dalam microwaves biar cair sedikit coklat nutella tu...pergghh terangkat beb...makan tu jer lah senang...halal pon halal tak ada waswas....

Monday, June 16, 2014

100hari MH370

genap100 hari dah kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA menuju ke Beijing China..kita semua masih menanti berita tentang MH370...


rakyat Malaysia masih berdoa supaya MH370 kembali ke Malaysia...


berat mata memandang berat lagi bahu waris dan juga keluarga penumpang MH370


pelbagai persoalan dan pelbagai spekulasi yang di keluarkan oleh pelbagai pihak tentang kehilangan MH370..


aku mengikuti perbualan antara penyampai berita Izwan Azir dengan Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri malaysia di TV3 melalui slot Buletin Utama...


Tun Dr Mahathir seorang perdana menteri yang bertahun memengang tampuk kerajaan di Malaysia memberi pandangan tersendiri..


antara jawapan yang menarik minat aku adalah..

"mana mungkin zaman sekarang kapal terbang sepanjang 63 meter hilang macam tu sahaja..keluar tepi jalan pon masih boleh di dapat kesan melalui statelit"

"kapal terbang sekarang kalau terhempas kat darat atau di laut mesti akan crash tetapi kes MH370 hilang macam tu sahaja tak dapat kesan apa pon agak mustahil pada zaman sekarang nie"

"pihak yang menjaga statelit tak mungkin memberi data data yang di perolehi melalui statelit yang boleh merangkap data data ini semua"


malah bila Tun Dr Mahathir sendiri berkata ada 'rahsia' di sebalik kehilangan MH370 ini dah menimbulkan pelbagai spekulasi tertanya tanya di benak masyarakat Malaysia....


apa apa pon rakyat malaysia masih berharap dengan keajaiban yang berlaku pada MH370..sama sama lah kita berdoa agar MH370 kembali ke Malaysia...buat MH370 kami di sini masih setia menanti tentang berita tentang kepulangan MH370...



Sunday, June 15, 2014

cerita melayu tidak mendapat sambutan??

adakah cerita melayu tak mendapat sambutan yang sehangat seperti filem di hollywood??


adakah jalan cerita dan juga pelakon di malaysia begitu membosan kan??


kenapa aku cakap macam nie bila aku compare kan cerita melayu dengan cerita di hollywood dan menjadi satu kemestian cerita hollywood mendapat tempat di hati masyarakat... meh sini buat perbandingan antara cerita 'CEO' dengan 'Transfomers' yang bakal di tayangkan

cerita CEO




cerita Transfomers 4


kenapa aku compare kan degan cerita hollywood??

sebab maner maner cerita hollywood mesti mendapat tempat di hati penonton..asal cerita tu ada sambungan mesti ada mendapat tempat..alah kalau tak ada sambungan pon tetap jugak mendapat tempat...


rasa agak sedih lah jugak bila cerita melayu kurang mendapat tempat di hati masyrakat...


aku akui menjadi kebiasaan aku menontot cerita hollywood tetapi aku support jugak cerita melayu yang menarik pada aku...


sepatut nya kita orang melayu support sikit cerita melayu yang ada pengajaran...bukan tak boleh tengok cerita hollywood tu ada kala nya kita perlu support cerita melayu jugak..siapa lagi yang suppot cerita melayu kalau bukan kita...renung renung kan lah..

Saturday, June 14, 2014

bila dah dapat di lupakan...

biasalah dunia dunia dunia...biasa situasi begini terjadi pada kita semua tak kira lah zaman sekolah zaman di IPT zaman di tempat kerja tu bukan tak banyak sangat sebab kekadnag pekerjaan yang kita buat nie ada kena mengena dengan pelbagai bidang masa nie kita akan contact balik semula kawna kawan kita masa zaman study or kerja..


tapi pada aku zaman sekolah dan zaman IPT banyak memberi impact pada aku...masa nie kita akan nampak siapa kawan kita...kalau tak caya cuba tengok balik berapa ramai kawan yang contact kita masa zaman sekolah... berapa ramai yang contact bila dah habis semester sama ada pada waktu cuti atau dah habis terus pengajian...


aku tak kata semua kawan masa zaman aku sekolah aku contact balik tapi biasalah sekarang zaman IT zaman whatapps zaman wechat zaman instagram zaman facebook zaman twitter...kat wechat whatapps ada group yang di wujudkan untuk hubungi kawan kawan yang ramai..supaya memasing dapat hubungi antara 1 sama lain...tu biasa..


tapi dalam masa yang sama pasti ada sorang atau dua yang terus tidak dapat di hubungi atau hilang kan diri...tu pasti ada...pada aku kalau macam tu tak usah bersedih di atas kawan yang menghilangkan diri yang begitu...pasti ada orang lain lagi yang nak menjadi kawan kita...


kawan aku agak ramai sama ada zaman sekolah zaman IPT dan yang paling penting aku ada kawan alam maya...yang aku sendiri tak pernah jumpa mereka semua beda tu terjadi bila aku ada join 1 group di whatapps..kelab blogger...aku teringin nak jumpa dyrang yang dalam group blogger yang aku join tu...dari kelab tu di tubuh kan pada bulan 2 tahun nie sampai sekarang aku masih tak jumpa sorang dari group tersebut..masih tiada rezeki lagi untuk berjumpa dengan mereka semua..



so kepada orang yang kat luar sana kalau ada yang terjadi ini pada diri sendiri jangan lah di kau bersedih..kerana pasti ada yang lebih baik yang akan muncul selepas itu..hanya bersabar dan teruskan bersabar untuk mendapat seseorang yang lebih baik...nanti pasti akan datang seseorang yang akan bersama kita...hanya bersabar...


Friday, June 13, 2014

world cup sudah bermula

bahang world cup yang bermula dari awal tahun ini telah membuka tirai pada malam tadi perlawanan pertama pagi tadi brazil lawan crotia di mana brazil menang 3-1..


sebelum perlawanan pertama ada opening ceremony tetapi pada aku hambar lah pembukaan tersebut...walaupon brazil memperuntukkan duit yang banyak untuk opening ceremony...


perlawanan pertama pagi tagi yang berlangsung lebih kurang pukul 4 pagi waktu malaysia crotia mendahului dengan 1 manakala brazil 0 itu pon di sebab kan goal sendiri dari permain brazil...


dan seterus nya brazil mengejar mata sehingga menjadi 3-1...


hampir semua permaian brazil bersungguh sungguh untuk menang perlawanan pertama ini...


perlawanan seterusnya sepanyol berlawan belanda...pada aku game yang agak seronok dan pasti nya mantap...



fogging??

petang semalam umah aku kena fogging..tak tahu lah siapa yang kena denggi..maybe ada kes kot..tu yang sama sampai kena fogging tu..

okk kali nie tak aku tak keluar umah pon...sebab kat sini aku tahu lah nak lepak maner kalau keluar...sebab rumah kat sini bukan nyer tepi jalan yang boleh aku lepak.. depan belakang kiri kanan ada rumah...so tak dapat nak lari maner..duduk jer lah aku dalam rumah..tapi semua tingkap dan juga pintu tertutup rapi..


nak di jadikan cerita first round orang tu fogging asap tak berapa nak masuk sangat...so seronok lah aku kejap...tapi orang tu fogging sampai 2 round...perghh kelemasan aku...tapi tak ada lah lemas maner pon..


memang kali kedua tu banyak gila lah asap masuk...rumah aku nie dah macam fairy taile pulak dah aku rasa...hahahahahahahaha






bertapa banyak nyer asap dalam umah...nasib baik lah aku nie bukan jenis bela pets...kalau tak maner lah aku nak campak pets aku tu semua..kesian pets aku bau asap...


sampai sekarang bau tu still ada..huurmmm...tak per layan first game dulu bola #worldcup2014 #worldcup...


#Matperiuk

okk nie antara port lepak kedai santai di ipoh..tapi area kedai nie bukan di tengah bandar...agak jauh ke dalam..kalau dari ipoh dalam 7 ke 8 KM...tak jauh maner pon..


okk kedai di imspirasi kan daripada chef kamarul...sapa tak kenal chef kamarul alah chef yang masak di tv3 tu..


kedai nie memang konsep simple..makanan pon rasa sedap dan yang paling penting harga berpatutan dengan tempat dan cara presenting makanan tersebut..



makanan yang aku order ialah pineapple fried rice dengan air bandung cincau...

makanan sedap..air memang sedap...aku nie part air cerewet sikit...sebab ada jer tak kena..tu sebab nak senang biasa aku order teh o ais jer..tapi semalam tengok ada sorang pelanggan tu order air bandung cincau tengok macam sedap jer tu yang aku try tu... dan hasil nyer air tu meamng sedap... 


okk kedai mat periuk nie tepi jalan jer...memang korang akan nampak...




okk kalau korang nak pergi ke kedai mat periuk nie meh sini aku bagi alamat..

#matperiuk cafe
lot 22241, hala tasek timur 11
kampung tersusun bercham
31400 ipoh perak..

okk kedai nie bukak dari petang sampai malam..
di buka setiap hari kecuali hari isnin....

so korang boleh lah datang situ makan yang di variasi kan..hehehe

Thursday, June 12, 2014

Maleficent

hurmmm minggu ni maasih lagi bercuti sekolah..dan cuti sekolah bakal berkahir pada hujung minggu ini..jadi ramai lah ibu bapa bawak keluarga datang untuk tengok wayang dan meluangkan masa bersama anak anak...aku pergi 2 daripanda 3 wayang yang kat ipoh nie...hurmmm 1 di kinta city dah pebuh tinggal 1 jer harapan di station 18..kalau penuh jugak aku rasa memang cerita nie laku giler...

akhir nya dapat tengok semalam pukul 10.15 malam...seat..aku boleh kata FULL HOUSE...kenapa aku kata full house...sebab aku tak pernah tengok wayang kat seat C..kalau orang perasan tgv dan jugak gsc cara penyusunan seat tu berbeza...macam tgv seat a, b, c bermula dari bawah..depan sekali..manakal gsc akan bermula dari atas..so aku semalam aku dapat seat C memang mendongak aku duduk...sakit tengkuk aku tengok..hall semalam memang pakai hall besar...macam maner aku tahu hall tu besar..sebab dy ada kiri kanan seat dy bukan setakat tengah tengah sahaja..


panjang betul intro aku kali nie..huhuhu..maklum lah dah lama tak ketuk keybord nie..hahahaha...back to main topic...

MALEFICENT

Maleficent lakonan Angelina Jolie, seorang pari pari terhebat yang mempunyai sepasang sayap yang cantik dan menjaga hutan dengan cantik..ada diantara raja yang ingin mencemarnya tetapi tidak berjaya..stefan, seorang lelaki yang dahulu nya selalu datang ke tempat maleficent akhirnya terpaksa tinggal kan maleficent untuk mengajar cita cita ya untuk duduk di dalam istana....


pada suatu hari stefan datang ke tempat maleficent untuk memberi amaran tetapi stefan telah buat sesuatu..apa yang stefan buat?? tu tengok sendiri...akhirnya maleficent untuk membalas dendam...kelahiran puteri aurora telah membuat ruang untuk maleficent membalas dendam...sumpahan yang di kenakan pada puteri aurora pada kelahiran ke-16 tahun ialah puteri akan tercucuk jari pada jarum mesin tenun dan akan tidur selama lamanya untuk bangun kan dy kena ada ciuman kasih yang sejati...


dapat kah puteri aurora hidup seperti biasa sebelu umur ke 16 tahun?? siapakah yang akan bagi ciuman kasih sejati?? apa akan terjadi pada raja stefan tu tadi??


kalau korang belum dapat tengok korang boleh tengok di pawangam yang berhampiran di kawasan anda..kalau tak taknak kecewa macam aku dapat seat depan sila beli online atau beli awal...dapat duduk seat sedap sikit..tak ada lah sakit tengkuk der...



Wednesday, June 11, 2014

EL NINO??

apa tu El Nino?? hurmm aku sebenar pon takt ahu apa tu El Nino tapi dari web metrological malaysia bagitahu aku nie dy "Every two to seven years, a warm current of water replaces the usual cold current of water off the west coast of Peru, South America. This observed oceanic phenomenon is called El Niño. This warming is now known to occur over a wider area covering the central and eastern Pacific and has linkage with the occurrence of some major unusual weather conditions in different parts of the world like severe floods and prolonged droughts. In Southeast Asia, Indonesia and Australia, drier than normal conditions occur whereas central and eastern equatorial Pacific is unusually wet. Typically, El Niño lasts between 6 and 18 months. It usually develop in the middle of the year, peaks towards the end of the year and declines by early part of the following year. El Niño of the same intensity may not give rise to exact replicate of climate patterns."

baca kat sini lah senang..

(Source: Climate & Global Dynamic, NCAR)


ini akakn menyebabkan cuaca kering dan panas kembali di malaysia...dan macam biasa minta rakyat berjimat air dan minum air secukupnya untuk badan...

dan berita yang mungkin bagi rakyat negeri selangor tak nak dengar ialah catuan air mungkin kembali akibat El Nino nie...


hurmm pada aku sendiri pon tak tahan dengan akibat musim panas nie...kalau aku balik seremban mungkin tak ada masalah sangat..tapi bila aku dekat ipoh hurmm tido dalam bilik pon berpeluh peluh..dah macam pergi sauna pulak...boleh kurang air dalam badan woo... dan kebiasaan mesti tengah malam aku akan mencari air untuk di minum...dapat air sejuk lagi syokk woo...lepas tu tidur balik...hahaha


sama sama lah kita menjaga alam sekitar supaya tak ada lah terjadi nyer El Nino nie pada masa akan datang....kita jugak yang tanggung kepanasan nie....hurmm...