Monday, March 24, 2014

Penantian MH370

Salam Takziah buat anak kapal terbang dan juga penumpang MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing yang sepatut nya sampai pada 8hb march yang lalu..


Seluruh masyrakat dunia menanti khabar dan juga berita tentang pesawat MH370 yang menjadi misteri sejak 8 March yang lalu...


Pelbagai teori dan pendapat yang dikeluarkan oleh ramai pihak dan juga tak kurang hebat nya yang membuat spekulasi sendiri tentang kejadian tersebut...


Hari demi hari menanti kan pesawat MH370 yang pada mula nya hilang dari radar dan terus tidak dapat di jejaki..kebanyakkan negara asing membantu dalam misi mencari dan juga menyelamat MH370..


Secara jujur nya aku sendiri menantikan berita dan juga maklumat yang disampaikan tentang pesawat yang hilang dari radar itu sejak 8 March ...


Dan pada hari ini perdana menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak membuat pengumuman di PWTC sebentar tadi yang mengatakan bahawa pesawat MH370 di kesan di lautan Hindi berhampiran dengan Perth Australia..


Buat semua ahli keluarga crew dan juga waris penumpang MH370 salam takziah dan juga Al-Fatihah dari
farahnoorlin...