Friday, January 23, 2015

sekali lagi...

kali kedua aku kena...nak buat macam mana dah tugas...aku memang kena redha tapi di sebabkan manager aku yang macam hapa entah....cuba manager layan staff macam mana manager layan customer aku tak rasa benda di akan terjadi...



semalam aku dapat tahu ada customer komplen pasal aku..sebab aku tinggikan suara dan memalukan depan orang ramai... kalau tinggi kan suara tu ye kekadang kami antara cashier kena tinggi kan suara sebab kalau dah kiri kanan ada cusomer dan bercakap maun tak ada yang tak dengar...so kalau volume 1 jadi lah 2...apa masalah nya....pasal memalukan depan orang ramai tu aku tak perasan lah pulak sebab aku tak ada perli perli ke apa ke so aku macam tak ambik part sangat lah....



so semalam notis tu manager on duty bagi aku baca...dan dia dengan selamba bin badak nyer tanya aku "apa yang kamu dah buat ni??" nak marah lah tu...so dia bising lah kejap....blah blah blah blah blah blah.....ada lah dekat 15 minit dengar khutubah maghrib...huhuhuhuhu...lepas tu ada manager lain yang on duty jugak ada dengar customer cakap "kurang ajar lah nak buat aduan lah semua bagai blah blah blah...." tapi manager tu terus je masuk store...bila manager tu dengar cakap macam tu aku memang dah agak mesti tuju kat aku..aku tak rasa dia tuju pada orang lain...



memang semalam dari pukul 7.30 sampai aku habis shift memang aku tak ada mood langsung...hilang mood aku di bawa pergi...dalam khtubah maghrib manager aku tu ada lah di kata "semalam bukan busy pon" aku macam terfikir tak busy dia tu macam mana...sebab store ni memang antara yang busy.. aku nak juga tanya kat manager tu macam mana di kata kan tak busy...lepas tu nak di jadikan cerita semalam tempat air gas tu dekat drive thru tak berfungsi dengan sepenuh nya...memang kerja manager tu lah pergi running ambik air semua bagai...memang dia doa dia nak busy aku macam ok je lah...dia yang memerintah...



nak jadikan cerita notis yang customer komplein tu boleh masuk kan dekat dalam log book manager..pada aku kalau betul kau tak nak cerita tu panjang kau buang je kertas tu dah tutup cerita...kat situ lagi aku macam kau ni nak memalukan aku ke?? ke kau nak panjang kan lagi kes ni..aku pon tak kesah kalau kena tukar..aku pon dah rimas kat sini..dengan puak puak bagai..so boring...dengan manager yang pilih kasih...semua nyer lah...aku sabar kan hati tabahkan kan diri aku nie walau aku tahu diri aku ni macam tak di perlukan...




sekiranya suatu hari nanti aku jadi manager or asst. manager aku tak buat macam tu kat staff aku...aku akan layan diaorang macam mana aku layan customer...

harga makanan di fast food naik

semalam aku rasa semua store kot KFC kot naik harga....dengan kemunculan baru golden egg tu bersempena CNY...dan harga baru untuk semua set dan harga ala carte di KFC...



alah standard lah kalau sesiapa beli snack plate harga takkan lari dari 11.++ tapi semalam aku dapati 12.30 di store aku... aku tak tahu lah store tempat lain macam mana....dan dan yang paling mengejutkan aku pelanggan yang di hormati akan di kenakan charge sebanyak 0.80 sekiranya tak nak air batu di dalam minuman pelanggan...tu yang aku macam perrghhh biar betul...






pening jugak lah semalam dengan harga baru semua bagai..makanan baru set baru semua baru...



aku pon pelik dengan harga baru ni....apa pon


#malaysiamasihaman #GST1April #rakyatdidahulukan #apapontakboleh #teruskanmakangaji


huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu