Monday, July 21, 2014

iktiar dan terus iktiar

malas nak pergi klinik dan farmasi hurmmm dan telah menyebabkan batuk aku lambat nak baik...


air batu dan air sejuk aku dah tak minum dari hari khamis hari tu...dan sekarang ubat batuk cap ibu dan anak pon dah nak abis...



sekarang aku cuba minum air suam yang di campur dengan limau nipis...okk benda nie memang dari kecik aku amalkan kalau aku batuk berkahak memang ibu dan ayah akan bagi madu yang di campurkan dengan limau nipis sikit...dan sekarang aku cuba minum air suam limau nipis...harap berkesan lah...



dari dulu kalau makan ubat batuk tu mesti lambat giler nak baik...pernah raya tahun lepas batuk pada raya pertama teruk lah jugak...memang masa tu tak boleh jumpa air batu...kalau jumpa minum lepas tu siap lah...



balik dari raya di sebabkan tak tahan dan ada limau kat umah bantai aku pergi perah sebiji limau nipis campur dengan madu..korang jangan lah buat macam tu karang tak terminum balik dek masam..tapi aku telan kan jer sebab dah tak tahan....pergghh lega kejap tekak...kena aku ulang 3 ke 4 malam alhamdulillah ok...tinggal sikit sikit jer...tapi dalam masa yang sama stop juga lah minum air batu...kalau nak minum pon air sejuk tak berapa nak sejuk...



jaga kesihatan sebelum raya nie karang tak dapat beraya....biarlah minum air panas masa bulan puasa asyik dok minum air sejuk jer kan...rest kan tekak dari minum air sejuk seketika...lagi satu nak bagi tahu...kalau keluar naik kenderaan seperti kereta sila lah pasang air cond....maklum lah udara kat malaysia nie tak berapa nak bersih...jangan lah berkira sangat minyak tu dari pergi klinik ambik ubat maner lagi mahal...


okk jaga kesihat masa pnghujung ramadhan ini supaya dapat melaksanakan ibadat puasa dengan jaya nyer...dan boleh meraikan kemengan pada bulan syawal nanti....

Sunday, July 20, 2014

GSC Palm Mall Seremban Di Buka

okk bagi rakyat negeri sembilan...di area seremban..semua tahu tentang kewujudan sebuah shopping complex yang baru iaitu palm mall..berdekatan dengan KPJ Hospital...


kat situ mostly outlet yang tk ada di mana mana shopping mall ada di situ...cuma 1 jer lagi tak ada..subway..ada sesiapa nak buka franchise subway tak kat seremban..??? hehehehehe..



okk kat Palm mall nie jugak ada sebuah panggung wayang yang mengantikan wayang di termial 1..iaitu GSC....apa yang aku suka tentang gsc nie adalah popcorn dy yang sedap...that why aku tak boleh pergi wayang masa time bulan puasa...tergugat iman....



GSC di seremban merupakan yang  pertama menggunakan THX sistem...pasti nyer rakyat seremban teruja untuk menonton filem di GSC Palm mall..



ada 10 hall di GSC palm mall...dan ini telah membuat gsc palm mall lebih luas di aeon seremban 2...jadi kalau tiket habis boleh lah pergi ke palm mall...


okk sekarang nie GSC Palm Mall tengah bagi screening percuma pada 19-23 july sebab official date opening pada 24 july....so pada sesiapa yang nak merasa orang pertama yang duduk di kerusi wayang yang baru itu boleh lah pergi masa screening percuma ini...



untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke website GSC www.gsc.com.my untuk maklumat lebih lanjut pasal screening percuma tu...cerita apa...pukul berapa...korang boleh check kat website gsc...



  

Saturday, July 19, 2014

telur dada bersayur

hah pernah buat?? tak penah kn..biasa korang buat letak bawang dan terus goreng....okk menu nie pada aku sesuai untuk di buat masa sahur atau berbuka..suka hati korang lah kan nak makan bila....



bahan bahan nak buat senang jer...tersangat simple...

telur ayam
carrot
celery
bawang holland
capsicum
cili padi
daun bawang
garam secukup rasa
blackpaper secukup rasa
susu cair


tu bahan bahan yang di gunakan....kalau korang nak tambah lain pon boleh...susu cair tu kalau korang nak tukar ke mayonis pon boleh jugak....hehehehe..bila korang guna susu cair n mayonis nie api korang kena jaga jaga sebab ia akan mengelap kan bahagian yang terlalu lama dengan api..dengan erti kata lain hangus...



okk lupa pulak nak kata bahan bahan tu semua korang kena potong atau racik halus halus tau...kalau nak goreng pada aku better korang goreng lambat sikit...dah nak berbuka ker baru goreng...sebab nanti korang terliur pulak bau dan rupa telur tu...


okk selamat mencuba dan menjalani ibadah puasa pada 10 malam terakhir ini...

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Sekali lagi Malaysia di gemparkan pesawat MAS MH17 telah di tembak di Ukraine. Pesawat malang itu dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur yang telah berlepas dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi waktu Amsterdam dan di jangka tiba di KLIA pada pukul 6.10 pagi ini.



Sidang media di Hotel Sama Sama KLIA, Dato Sri Najib Razak telah mengesahkan pesawat itu milik MAS MH17. Pesawat yang membawa seramai 295 penumpang – 280 orang awam dan 15 anak kapal yang menggunakan pesawat boeing 777.



Laluan udara yang di gunakan pesawat MH17 telah di sahkan selamat oleh ICAO. Laluan ini bukan pesawat MH17 sahaja yang di gunakan bahkan hampir ke semua pesawat kormersial guna.



Wisma Putra sedang berkerjasama dengan kerajaan Russia dan Ukraine untuk susulan laporan MH17 yang telah di tembak oleh pihak pengganas.



Sekiranya benar pesawat MH17 ini telah di tembak pihak yang bertanggung jawab saptutnya di bawa ke muka pengadilan, kerana telah melibatkan orang awam dan orang yang tidak bersalah.



Satu fakta menarik pasal MH17 ini, pesawat MH17 ini telah berusia 17 tahun pada 17/7/1997. Ke semua bermula dari angka 17. Apa pon sama sama lah kita berdoa dan membaca Al-Fatihah untuk mangsa yang terkoban dalam nahas MH17.



‘Hari yang tragik dalam tahun yang tragik buat Malaysia’ di petik dari sidang media, kata kata Dato sri Najib Razak.



Salam Takziah dari Farah Noorlin buat ahli keluarga nahas MH17.

Tuesday, July 15, 2014

cuaca tercemar??

hurmm...sakit tekak dan juga batuk simptom yang aku kena...demam tidak..akurasa mungkin sebab ada jerebu...maklum lah selama nie hirup udara bersih jer...ehehehehe...


aku nie memang sensitif dengan pencemaran udara...cepat jer batuk dan sakit tekak tu datang menyerang...


apa aku buat bila kena batuk dan sakit tekak ni...senang je....pertama sekali minum air vitamin...hehehehe...lepas tu makan ubat sakit tekak...dan minum air panas... lepas tu akan rasa okk sikit...kemudian ulang balik semula...hehehehe



tolong jaga kesihatan diri...sepanjang bulan ramadhan nie...sebab lepas tu syawal....lagi pon sepanjang bulan ramadhan nie kan kita nak beribadat..jadi jaga kesihatan..


minum air vitmin adalah cara paling senang untuk menjaga diri kita...

Wednesday, July 9, 2014

Dari Novel di adaptasi ke drama atau ke filem

Banyak dah novel novel yang ada di pasaran di adaptasi menjadi suatu jalan cerita yang mempunyai watak tersendiri...kebanyakkan pengemar novel sudah pasti tertunggu tunggu novel yang ada didalam koleksi peribadi untuk di hayati sama ada sama seperti didalam novel atau berbeza dari sudut jalan cerita yang di hasilkan..



Seperti aku sendiri yang sudah mempunyai koleksi novel..tak kira lah dari alaf 21 ker karya seni ker FIXI ker dan ada beberapa lagi syarikat penerbitan lain...dan seperti biasa kebanyakkan dari alaf21..



Kemungkinan sudah menjadi trend menjadikan novel kepada suatu jalan cerita yang sebenar sama ada di layarkan di layar perak mahupon di kaca TV di rumah...



Apa yang aku dapat lihat apabila novel di adaptasikan kepada suatu cerita ia pasti akan mendapat sambungan yang hangat tidak pernah mengecewakan semua penonton yang ada yang menjadi peminat..



Begitu juga dengan penonton yang tidak gemar membaca, apabila melihat jalan cerita menarik ia pasti akan mencari buku tersebut..secara tak langsung ia telah menarik minat untuk membaca novel yang ada di pasaran...



Ada beberapa syarikat pengeluaran akan mengeluarkan buku berbentuk e-book...dimana kita akan melakaukan transaksi untuk membeli dan kita akan dapat dalam bentuk digital..memang tidak memerlukan ruang untuk penyimpanan tetapi pada aku kurang menarik sikit lah sebab tak boleh pegang dan baring gelak sensorang sekiranya jalan cerita itu menarik...



Buat masa nie aku memperlahankan pembelian novel yang ada di pasaran..kerana rak buku kat umah dah penuh...tunggu ada imbuhan untuk membeli rak buku yang baru baru bersemangat nak mengumpulkan koleksi novel yang ada di pasaran...bagi aku menyimpan novel novel yang ada didalam koleksi akan merasa puas untuk membaca dan terus membaca...




Jadi kepada yang kurang gemar membaca novel yang berbentuk formal..cuba try dengan buku novel dari FIXI...selepas tu confirm korang akan nak baca dan mengumpulkan buku dari syarikat penerbitan tersebut...



Monday, July 7, 2014

Hafiz Suip – Luahan Anak Seni

Siapa tak kenal artis Hafiz Suip..seorang anak muda yang di lahirkan di pentas realiti TV..

Bermula zaman kegemilangan hafiz dengan lagu masih jelas dan di ikuti dengan awan nano, noktah cinta, ku akui, gandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza muara hati dan deritaku bahagia mu yang sering menjadi siulan anak muda ketika di pusat karaoke...

Aku memang minat dengan si hafiz nie..kenapa??? cara dia menyanyikan lagu memang tak mengecewakan aku sebagai seorang pendengar...

Baru nie aku ada dengar full album hafiz nie bertajuk luahan anak seni..ada beberapa lagu yang ada di dalam nya..antara lagu nya      
  1.   Bahagiamu Deritaku
  2.  Mungkinkah
  3. Hanya ingin kau cinta 
  4. Deklamasiku  
  5. Kesimpulan
  6. Patah hati 
  7.  Satu cerita
  8.   Muara hati 
  9.  Matahariku


Seperti yang korang tahu ada diantara lagu tu telah hits terlebih dahulu dan sekarang yang tengah hits adalah lagu matahariku...jadi korang boleh vote kat stesen radio korang okk..

Lagu yang aku suka adalah semua lagu aku suka...hehehe.. saya suka saya suka...okk lah lagu aku terkesan sebenar nya lagu hanya ingin kau cinta...lagu tu macam si hafiz nie nyanyi bagi pihak lelaki lelaki yang ada di luar tu jangan lah mempermainkan perasaan lelaki nie...tak caya cuba korang dengar..

Meh sini aku share sikit lirik lagu tu ekk..

Di dalam hati ini aku menangis
Seiring satu luka yang telah kau beri
Kau tinggalkanku sakitiku
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi
Kau tinggalkan diriku dalam air mata
Tanpa kau merasakan sakit yang ku rasa
Sungguh terlalu dirimu kekasih
Biar aku pergi tanpa sisa cinta

Aku hanyalah
lelaki yang selalu ingin
engkau cinta
Bukan untuk disakiti hatinya
Perih menahan lelah
yang tak terkira

Aku hanyalah
setitis embun dalam
perihnya cinta
Tenggelam dalam rejam
duka yang ada
Selalu kalah di dalam
bercinta

Aku hanyalah
lelaki yang selalu ingin
engkau cinta
Bukan untuk disakiti hatinya
Perih menahan lelah
yang tak terkira

Aku hanyalah
setitis embun dalam
perihnya cinta
Tenggelam dalam rejam
duka yang ada
Selalu kalah di dalam
bercinta
Di dalam hati ini aku menangis