Thursday, March 20, 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

aku memang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam secara mendalam...tetapi kisah Ammar buat aku nak baca siapa dia...aku sanggup pergi pusing 1 kedai buku semata mata nak mencari buku cerita cinta ahmad ammar nie...


almarhum Ammar menghembuskan nafas terakhir pada 2 November 2013 dan di semadikan pada 4 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H...jasad Ammar di kebumikan juga di Turki di perkuburan Eyub Sultan di antara sabahat Nabi Muhammad..



tadi lepas aku dapat baucer aku dengan kawan kawan aku yang lain pergi belanja kan baucer tersebut...alah bukan semua..aku guna sikit jer...yang penting aku nak dapat kan buku pasal ahmad ammar nie memang aku dah target dari awal...dari sebelum dapat baucer lagi aku memang dah target...



so tadi aku jumpa...hanya ada 1 jer buku cerita cinta ahmad ammar nie..dan betul betul dekat rak best seller kat MPH...aku tak heran pon..memang ramai yang mencari bukan sahaja aku sorang jer...dan pada aku melopong nanti baik aku sambar jer walau tinggal 1 tu jer pon..



bila aku balik dan baca cerita dia membuat kan aku begitu kagum dan tak tahu lah macam mana nak ungkap kan perasaan tersebut..


Ammar di 'jemput' pada usia yang sama macam aku 21 tahun...dan pada aku selepas aku baca cerita pasal Ahamd Ammar ini aku tahu dan semua orang tahu Ahmad Ammar bukan lah calang calang orang dan Dia begitu Istimewa sekali....Ammar juga adalah rakyat Malaysia yang pertama di kebumikan di tanah yang mulia di Turki...memang ammar seorang yang istimewa...


seluruh alam menyaksikan pemergian nya Ahmad Ammar dan seluruh alam bersedih dengan kehilangannya Ahmad Ammar....




antara quota yang menarik dari Ahmad Ammar bila aku baca ialah..

"DUNIA BIARLAH BERPENAT  
AKHIRAT TEMPAT AKU BEREHAT" 
Perjuangan yang belum selesai.....


korang yang masih tak tahu pasal Ahmad Ammar ni dan nak tahu korang boleh cari buku dia kat MPH ke popular ker cari cepat sebelum kehabisan stock...dan apa yang aku tahu buku nie best seller kat MPH dan popular..sepanjang tahun 2014 dah 3 kali cetakkan....mungkin aku dapat dah cetakkan ke-3 mungkin..korang masih belum terlambat untuk baca cerita Ahmad Ammar...sediakan tisu...kuatkan diri dulu sebelum baca pasal Ahmad Ammar..


AL-FATIHAH BUAT AHMAD AMMAR..
KAU PENCENTUS ANAK MUDA UNTUK MENJADI SEPERTI DIRI KAU
KAU MEMULAKAN LANGKAH DAN MEMBERI RUANG KEPADA YANG LAIN UNTUK MENJEJAKI SEPERTI KAU AHMAD AMMAR
DAMAI LAH KAU DI SANA AHMAD AMMAR