Friday, February 28, 2014

selamat tinggal febuari

kejap jer dah habis bulan 2...huurrmmmmm


2 bulan dah aku praktikal...keje perrrgghh melambak...boleh tahan banyak nyer...



dan hari terakhir bulan 2 nie jugak lah barang yang aku order sekian lama dah sampai di malaysia...aku akan dapat pada hari isnin nanti lah paling awal...sebab aku pakai alamat kolej...so hari isnin nanti lah pergi kolej...





apa barang yang order nanti dah dapat baru aku boleh cerita sekarang tak dapat lagi..so aku kena duduk diam diam dan buat kerja aku yang terbengkalai nie....

Thursday, February 27, 2014

pameran education fair

okk bagi yang tak tahu dan berada di sekitar Ipoh ada 1 pameran education "Go UK!" tak silap di hotel syuen dekat dengan ipoh parade pada 4/3 nie...pukul 3 petang hingga 7 malam..


jadi yang maner berada di sekitar Ipoh tu yang rajin atau yang nak melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi boleh lah korang ke sana...untuk tengok apa course yang di tawarkan dan di mana tempat nya...


menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china..tak rugi pon bila kita menuntut ilmu...yag rugi nya bila dah ada ilmu tapi tak manafaat kan yang tu baru rugi...tak pon pergi manafaat kan ke tempat lain...haiishsh..menyimpang pulak...



yang maner ada masa tu pergi lah...dan aku..kalau aku rajin dan tak penat pergi lah kot...maklum lah kerja nie penat...penat otak tak sangat..tapi penat tenaga..energy cepat sangat berkurangan.....okk yang maner ada masa pergi lah ekk..

tak ada masa

okk sekarang busy cikit dengan praktikal dan juga projek blog dengan kawan....memang tak ada masa nak update kat sini...kebanyakkan masa semua akan tertumpu di projek blog tu...


target bangunkan blog tu sama macam kami semua bangun kan blog memasing...mengikut gaya kretiviti penulisan memasing...so nakkan idea tu yang macam serabut tu..denagan praktikal lagi...



bukan tak nak update dekat sini tapi masa tak mengizinkan....huhuhuu...


tak per nanti ada entry nanti akan update di sini seperti biasa...


wish me luck dengan praktikal ini...

Monday, February 24, 2014

kawan blogger..

akhir nya bersama sama kawan zaman sekolah dapat buat 1 projek blogger..



syabas beb...mungkin dekat sini jer senang untuk kita communication...dan kita boleh memahami each other sebab kita blogger...dan mungkin kita dah kenal masa zaman sekolah jadi tak ada masalah untuk buat projek khas nie...



aku harap projek nie berjaya dan korang kena bagi sepunuh kasih sayang korang tak tumpah macam maner korang bagi kat blog korang yang sebetul nye dan juga pada projek khas kita nie...bukan mudah nak uruskan nya...



aper pon good luck guys.....

kita sama sama bangun kan...susah senang kita bersama....

Ulu Chepor Ipoh

kali kedua aku pergi ulu chepor...dan bila kali kedua pergi dah sah sah akan teringat yang pertama...

perasaan yang kedua takkan sama pada kali pertama datang..apa yang yang terjadi masa kali pertama confirm akan terimbau balik semula..bertapa indah dan bertapa manis nyer kenangan itu semua...kemungkinan ia takkan berulang buat kali kedua ketiga atau bila bila selepas yang pertama...


kenapa aku ke sini? sebab pertama bukan nak terimbau tetapi baru balik dari mendaki bukit keledang..kawan kawan aku yang lain madi tapi tidak aku...keseronok mereka tak mampu nak buat aku seronok....kenapa?biarlah diriku sahaja yang mengetahui kenapa ia terjadi...


bukan mudah untuk melupakan apa yang telah terjadi...tetapi bila di fikir kan semula sampai bila??adakah ada pengakhiran nya? soalan yang tiada jawapan buat masa ini...


ulu chepor tempat riadah macam ulu bendul di kuala pilah....orang sentiasa ramai dan di tambahi dengan keadaan hujung minggu dengan cuaca yang panas membahang ia menambah kan lagi keseronokkan mereka untuk menyejukkan badan,..


tempat yang menjadi tempat untuk lepak dan release kan tension selepas seminggu berkerja atau belajar...tempat untuk menyeronok tapi jangan sampai tak ingat dunia pulak nanti...buruk akibat dy...


ulu chepor membawa seribu satu kenangan pada aku...aku tak nak lah cerita lelebih..malas pulak...huhuhu..lagi pon kerja banyak nie...

Jaga Perlakuan Di Tempat Awam

tadi sebelum aku balik ke rumah sewa...masa aku dengan akak aku tadi sebab malam tadi aku stay umah dy...dan sebelum dy hantar aku ke rumah sewa dy kata nak beli barang kat tesco...so teman kan dy kejap pergi beli barang...lepas pergi beli barang dy ajak pergi makan...


sampai sahaja kat kedai makan orang ramai maklum lah hari minggu jadi ada keluarga yang makan kat luar ramai ramai istilah yang senang "open table'... masa aku sampai meja penuh...jadi kena cari..dah jumpa meja tapi belum di bersih kan lah...rilek kejap...masa dok tengah tunggu pelayan tu ada pakcik kat belakang meja aku nie dah duduk lama dah ada di antara order dy tu dah sampai...dy panggil pelayan tu "oii, nasi maner? dah sejam aku tunggu tak sampai sampai...b*d*h betol...." pelayan tu pada mula cuma melintas nak hantar pesanan orang lain bila dah pakcik nie dok marah dy terpaksa lah dy dahulu kan pakcik nie....


lepas tu muncul pelayan dok bersihkan meja dan ambik order kitaorang... aku order nasi goreng kampung dengan telur mata dan air teh o ais..akak aku pulak kueh tiow tomyam dan limau ais...lepas jer pelayan tu pergi hantar order kitaorang kat bahagian dapur..akak aku cakap pulak "kita tengok berapa lama kena tunggu.." sesambil tunggu order tu kitaorang main lah handphone memasing...so tak terasa sangat lah tunggu lama...


dalam 10 ke 15 minit camtu makanan kami pon sampai...makana kat keddai tu not bad..boleh tahan sedap nyer..tak heranlah kedai tu sentiasa penuh dengan orang ramai...nama kedai makan tu Anitas Tomyam... yang ini cawangan dy...kedai dy sebenar nya aku tak tahu..cawangna dy nie aku pergi kat pengkalan..dekat dengan petronas pengkalan...kalau dari arah bandar Ipoh sebelum Aeon St18... kalau dari arah mengelembu tu semua selepas Aeon St18...kedai nie juga berhadapan dengan 7Eleven...so landmark yang senang cari jer petronas dan juga 7Eleven...


kat kedai nie juga ada jual ikan bakar stemboat dan makanan biasa...kalau tak nak ramai orang pergilah hari kerja confirm tk berapa nak ramai...tapi kalau dah pergi pada hujung minggu harap bawak bersabar lah...pelayan tu pon manusia biasa...ada juga hati dan perasaan...dy penat mencari rezeki..jadi bawak bawak lah bertenang....kat keddai makan tu ramai mata memandang...jadi aper salah nyer jaga tigkah laku...tak kira lah apa peringkat umur sekali pon beringat kita kat maner masa tu....

Sunday, February 23, 2014

Bukit Keledang Ipoh

semalam pagi aku dengan beberapa kawan kawan aku gerak untuk mendaki bukit keledang di mengelembu ipoh..perjalanan yang singkat di awal pagi dan di tambahi dengan kerata yang kurang memudah kan perjalanan kami...


pada mula nya nak sampai di kaki bukit dalam pukul 5.30 atau pukul 6 tetapi ada kami dah terlewat...dah sampai di kaki bukit matahari dah hampir nak keluar...ia sedikit menghampa aku...


kami mula mendaki dalam pukul 7 pagi.... kat sini memang kerja gila kejap...sampai sampai jer terus mendaki...apa kesan dy? masa nak mendaki tu nanti kaki akan sakit...diantara betis dengan paha dekat lututtu akan rasa something yang tak selesa...jadi berhati hati lah bila nak mendaki di kaki bukit or gunung...aktiviti pemanas badan amat lah penting sekali...


jalan nak menuju ke pucak bukit agak berberliku dan biasalah berbukit lah kan...takkan nama bukit jalan landai...so kat sini memerlukan kekuatan kaki untuk menahan berat badan dan juga untuk mendaki...terus terang aku kata banyak kali juga aku berhenti untuk sampai ke atas...


apabila sampai di atas berehat kan kaki sebelum meneruskan perjalanan untuk turun semula di kaki bukit...untuk turun tak mengambil masa yang lama...dan hanya sekali berhenti sebelum meneruskan perjalanan turun...


sampai jer kat bawah kami ada nampak ambulance untuk naik ke bukit keledang..kemungkinan ada orang pengsan kot kat atas...jadi panggil ambulance jer 1 penyelesaian...hehehehe

okk selepas kami mendaki bukit keledang kami membuat keputusan untuk pergi mandi di Ulu Chepor...tu aku akan cerita pada next post..

Saturday, February 22, 2014

janji di tunaikan

okk pada permulaan aku LI meang aku ada 'deal' dengan kawan kawan aku kat sini...

malam nie aku tunaikan...hehehe

ingat hari ni nak tengok wayang dengan kawan aku cerita "Saving Mr. Bank" lakonan tom hands tapi memang agak kecewa lah bila semua pawangam kat ipoh tak ada cerita tu....

jadi malam nie kita ke Pizza ler koma...hehehehhe


credit pic from IG kawan aku...

nie lah dy hasil malam nie....with them....last sem...

dah lah memasing kat sini duduk semua dekat area ipoh...ada 3 orang stay kat perak dan 3 orang lagi termasuk aku luar perak...hohohoho...


**ada sesiapa berkean jejaka tampan di malaya nie??? kalau ada bagi tahu aku..aku boeh adjust kan..hahahah**

Friday, February 21, 2014

sabar itu penting..



Kerdipan bintang bertemankan duka nestapa
Seorang insan yang tidak henti berjalan
Mencari sinaran kebahagiaan yang ternyata
Walau malam menyerku sejuta rintangan

Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu

Kedengaran bayu bertiupan sayu bumi
Tetapi nalurimu masih berdenyut sepi
Semangatmu membara walaupun suram perjalanan ini
Kerana kau tahu kelam malam takkan abadi


Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu

Engkau tepis segala derita
Demi niat suci kasih sayang
Kau korbankan segalanya

Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu

Setulusnya kasihmu


*pertama kali aku dengar lagu nie aku sedih...series sedih...macam lagu nie tak menghargai seseorang dengan ape yang telah dy buat...tapi bagi dy tak per lah...suatu masa dy akan sedar...masa dy tak di hargai tu dy redha giler...tapi cuma 1 jer harapan dy supaya orang yang tak hargai dy tu sedar...tu jer harapan dy...cuma dy tak tahu bila akan sedar? siapa yang akan sedar kan dy...dan masih kah ada masa dan ruang untuk orang yang tak mengharrgai dy nie tadi....hanya masa mampu mengubah kan nya... orang yang teranaya nie perlu bersabar dan terus bersabar...sampai 1 peringkat dy akan rasa puas dengan kesabaran yang dy miliki....untuk orang yang macam nie semgoa berjaya...bukan mudah nak tunggu masa itu tiba...*

If Tomorrow Never Came

kalau esok dah tak ada..makna hari ini last untuk berbuat apa sahaja...

sempatkah aku nak pergi jumpa ibu dan juga ayah aku...?
sempatkah aku nak pergi jumpa kawan kawan aku semua yang berada di seremban?

mampukah kita nak berdiri seorang diri tanpa ada sokongan dari orang lain?
kecuali doa pengganti semangat...


kalau esok dah tak ada..

sempakah kita nak ucap kan "I Love You" kat keluarga dan kawan kita?
adakah ada memori terindah bersama sama dengan mereka semua?


kalau esok dah tak ada...

sempat tak nak rasa menyesal dengan apa yang telah lakukan?


kalau esok dah tak ada.....

apa akan terjadi pada orang yang kita sayang?


kalau esok dah tak ada..

macam maner dengan korang pula....

Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes






Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the light
Lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart?


If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her?
Did I try in every way
To show her every day
That she's my only one?
And if my time on Earth were through
She must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes?


'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them
Never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance
To tell her how I feel


If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her?
Did I try in every way
To show her every day
That she's my only one?
And if my time on Earth were through
She must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes?


To tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

kesabaran

kegembiraan yang ada tak mampu bertahan lama
ia pasti bertukar
tak kira tempat
tak kira masa
tak kira apa pon....


kau tabah atau tidak hanya masa yang menentukan...

sama ada kau akan jatuh...

bergolek...

golek...

sampai kau jumpa seseorang yang dapat berdiri kan kau semula...

sama ada cepat
atau lambat...
kau kena sabar...

sabar...
itu yang penting...
kau tak sabar...
kau akan menyesal...

siapa yang kau nak berada di sebelah kau selepas kau jatuh bergolek golek itu tadi...

kawan?
dari kau jatuh dia telah melarikan diri...

kekasih? (sekirnya ada)
masa ini akan keluar hukum hakam dari mulut dia..



dah tentu kawan yang kenal siapa diri kau sebenar...
yang tak nak kenal status diri kau
yang tak mengambil kesempatan yang ada pada diri kau...

masa ini kau akan redha....

siapa yang lebih penting dalam hidup kau...


masa ini kau akan dapat balik kegembiraan yang telah hilang
dan di ganti dengan sesuatu bernilai

kasih sayang...

antara kawan...
terutama kawan yang kenal diri kau macam mana...
yang tahu potensi diri kau macam maner...


kegembiraan akan datang dengan kasih sayang yang di bina dengan ikhlas...

lenyap semua sakit yang kau dah jatuh bergolek golek itu tadi...

semua indah di mata sendiri....

sama ada kau mengambil masa yang lama atau tidak..
tengok pada keadaan....

apa pon kau kena sabar....

sabar itu penting....


Thursday, February 20, 2014

l'oreal paris shampoo

okk kali nie aku nak post pasal review pulak...aku baru jer guna shampoo nie...ini pon sejak dua menjak my sister use this...dan ada sekali tu kami sekeluarga pergi ke pulau tioman...dan biasalah bila dapat air laut memasing dah buat perangai macam tak pernah jumpa...padahal boleh jer kalau nak pergi mandi laut kat port dickson tu...tapi kitaorang jer gedik gedik tak nak mandi kat sana...mula lah memasing demand...cakap air kotor lah cetak lah gatal aper jerlah alasan boleh di buat...


jadi ayah cakap jom pergi pulau tioman...sampai jer sana memasing dah excited sebab dah lama tak mandi laut...tengok laut terjaga that why kami boleh pagi and petang mandi laut...dan masa nie kami pakai shampoo akak..sebab akak jer yang bawak shampoo...





okk kat sini ada a few type of shampoo jenama l'orel...so my sister pakai yang atas nie warna pink...

aku mula pakai shampoo nie dan aku rasa dapat rasa lain pakai shampoo ni dah beberapa jenis lain...harga memang agak mahal sedikit berbanding jenama shampoo yang lain...tapi tak salah kalau kita melabur sedikit untuk diri kita sendiri...rambut kan mahkota perempuan...jadi aper salah nyer melabur dari pergi buat rawatan bila rambut dah rosak betol...masa tu memang perabih ler jawab nyer...


bagi yang tak pernah cuba dan nakmencuba korang boleh dapat kan pasaraya besar dan juga kedai macam watson gurdian dan sewaktu dengan nya.....berbaloi bila cuba...dan masa nak membeli buat lah pemilihan yang tepat bagi rawatan untuk rambut sendiri...hehehe

Wednesday, February 19, 2014

Ke Lenggong Kita..

okk post ni dah lama dah nak buat..nak buat macam maner baru sekarang ada mood nak update...biasa lah sibuk cikit dan keletihan....penat sangat layan karenah manusia nie...


okk CNY (Chinese new years) hari tu...aku dengan akak aku tak balik..jadi ayah cakap dy nak naik ipoh...wow...terkejut aku dengar bila ayah kata nak naik ipoh...sebab ayah nie malas sikit nak naik ipoh..sebab dy malas nak lalu highway tu...biasalah highway kekadang jem..accident sikit jer pon jem nyer 10KM..huhuhu..masyarakat malaysia kan prihatin....nak buat macam maner....


family sampai rumah akak dalam pukul 10.++ camtu...hehehe...dyrang bawak nasi lemak..nyuumm nyuumm terubat rindu kat masakan mak dan keluarga..bila semua ahli keluarga ada kat depan mata...bila dah selesai makan semua...kitaorang memulakan perjalanan ke Lenggong perak...

 
ayah kata nak ikot jalan lama...dan aku sendiri pertama kali ikot jalan lama nie...kenapa ayah nak ikot jalan lama sebab jem kat terowong menora tu..okk kat situ memang selalu jem baik musin perayaan atau pon tidak...jadi berhati hati bila sampai di kawasan situ...


perjalanan kami hanya mengambil masa dalam 1jam 1/2 jer...dan bila dah nak sampai ke area lenggong tu....ada banyak kereta bertali arus dan kesemua kereta tersebut maintain  speed....aku tanya kat ayah kenape jalan nie macam sibuk jer..ayah kata jalan nie boleh tembus ke kelantan ikot jalan grik..so jalan tu juga boleh tembus ke Royal Belum.

resort kami di Tasek Raban...hehehehee sebelum nak sampai ke resort tu..kena lalu jambatan Muda Raja Nazrin...panjang jambatan tu dalam 1KM....dan tasik kat situ cantik sangat.... 


sampai di resort kami rest kan badan semua...dan petang tu bermula lah aktiviti kami....petang tu ayah dengan adik pergi mancing..tapi tak ada rezeki....tak boleh pancing kat tepi tasik..kena pergi ke tengah tasik dengan menaiki boat sebab ada lumut...so petang tu pergi ke air terjun kekabu...dok melepak dan menghabis kan masa....


esok nyer kami pergi ke pusat arkeologi di lenggong..yang terkenal dengan "Perak Man"... memang artifek yang boleh tengok kat sana..kami menghabiskan masa hampir 1jam 1/2 untuk tengok dan baca...hehehehhe

lepas tu kami makan di tasik raban...okk kebanyakan orang di ipoh memang dah tahu 'harga dan menu utama' di tasik raban...memandngkan masa tu bukan ayah bayar...tetapi kami di taja oleh kawan akak aku (alhamdulillah)... terima kasih yer...jadi ayah tak tahu harga berapa...

masa kami nak balik...kawan akak aku tu bagi ikan perkasam...okk di daerah lenggong tu memang terkenal dengan ikan perkasam...jadi kami dapat merasa ikan perkasam...lagi 1 tarikan di lenggong nie adalah kekabu...alah kekabu bantal tu....hah...kat sini jugak kami beli bantal..memandang kan aku selesa tidur dengan bantal kekabu...aku rang sikit tidur dengan bantal form nie...lembik pada aku...jadi aku beli bantal kekabu dan juga bantal peluk kekabu...hehehhee...


kami meneruskan lagi perjalanan ke taiping....kami singgah di kuala sepetang...kat situ tak ada aper pon...bila malam adalah aktiviti...okk lepas tu kami pergi tengok hutan paya bakau...maklum lah tak pernah jumpa..kesian betol aku nie...nasib berjalan sampai ke sini dapat lah tengok....masa tu air baru nak pasang...


lepas dah penat penat tu..kami pergi makan mee udang mak jah....hehehehe...kat sini ramai giler orang...memang korang kena cari tempat untuk duduk...sebab tempat terhad pengujung sentiasa ada...kami order mee udang + cucur udang + ABC + air sirap laici...


macam dengan rasa..?? ikot tekak memasing...hehehehehhee..aku kat sini tak berani nak komen lelebih..yang maner belum cuba dan nak mencuba boleh cuba....

tu perjalanan ke lenggong..nanti kalau ada trip lagi nanti aku cerita lagi...hehehe

Saturday, February 15, 2014

ke McD akhirnya

bertapa aku kebosanan kat rumah... setelah beberapa kali aku jogging sekitar kawasan rumah..nasib tak kena kejar dengan orang gila n anjing je...  menakutkan...


di sebabkan terlampau bosan sangat ke mcd jugak... mcd tambun...baru 2 kali pergi berbanding mcd di jusco dan juga di medan gopeng...


orang macam biasa lah di mcd nie tak pernah putus dengan orang yang sering mengunjungi tak kira bangsa.. student macam aku tak payah cakap lah kan...macam aku jugak lah mencari WiFi di mana saja...



tak tahu sampai bila duduk kat sini..sambil tu buat lah kerja yang terbengkalai sepanjang minggu nie...supaya minggu depan akan rasa lebih seronok yang gembira...

Friday, February 14, 2014

begaa ker aku???

begaa tu dialek negeri sembilan..maksud dy degil lah...


okk nie komen dari kawan aku yang dari sekolah sampai sekarang masih berhubung...bertapa kuat ukuwah kami.....


dy kata aku begaa...bagi aku semua orang ada degil dya tersendiri...sama ada nak tunjuk atau tidak...tapi dy nie dah detect awal nak buat macam maner ada orang dah kenal diri tu sebelum empunyer badan kenal dulu..

begaa ke tidak terpulang orang lain nak menilai....

pertama kali

hari ini terlerai hehehehee..

dalam pukul 5.10 tadi bos bagi elaun...so sebelum balik tadi pergi bank in lah dengan kawan aku..alang alang dah lalu kat bank tu pergi clear kan cek...kalau tak bila lagi nak pergi clear kan cek...



kena tunggu cek clear lah jawab nyer baru dapat duit nyer...memandang kan kena ada peralihan bank so memang lambat cikit lah...paling koman pon 3 hari berkeja....huhhuhu

duit nie ingat nak simpan...macam sayang pulak nak guna...maklum lah aku nie kedekut banyak...bukan sikit sikit kedekut aku...haji bakhil pon kalah kedekut aku tu...hehehehhee

Wednesday, February 12, 2014

siapa kata praktikal seronok..

huurmmm...siapalah kata praktikal seronok??

bagi aku pressure dy lain macam..seriously lain...sebab tak sama langsung macam kat kolej or tempat kita belajar...huhuhuhuhu...

kalau kat kelas kalau assignment tak siap boleh lagi cakap dengn lect mintak minggu depan last..dan bagi lah alasan memacam...bila time LI keje tak siap.."saya nak jugak...awak tak boleh bagi alasan macam nie...sampai bila awak nak bagi alasan nie" perrrghh ambik ko kena bos atom...

haiihhh...letih tau tak praktikal nie....dulu masa kawan aku praktikal aku cakap besar..hahh sekarang hambiikkk...ingat lagi ada kawan aku tu kata "letih lah praktikal nie...mengantok.." so dy memang akan tidor awal..dalam pukul 10.++ memang dy tidor dah..aku boleh cakap.."apa barang tidor awal rilek lah...".. sebab dulu time study baru nak tidor dalam pukul 3 atau 4 pagi... sekarang hambik ko...dalam pukul 11.++ ker pukul 12.++ aku pon tidor dah...


mind set kat sini.. bila ko dah mind set kat otak bahawa ko kena bangun pagi dan tak tidor sampai malam...badan ko akan jadi letih...memang letih...tapi bila ko balik petang..belum tentu ko tidor petang tu...sebab ada jer orang cakap tak baik tidor lepas asar...so on and so on...okk lah...


bila ko dah tak tidor petang ko ingat badan ko mampu nak tahan sampai pukul 2 pagi semua bagai..geranti takkan..bila ko dah baring jer kat atas katil ko akan lupa semua...ko akan rasa bertapa syok nyer berehat kan badan ko yang dah letih tu kat atas katil tanpa di ganggu oleh sesiapa....hehehehe


bila praktikal juga kemungkinan besar kau akan buat kerja semua sensorang...stand alone...tak ada kawan means kawan masa ko kolej...dan ko akan rasa bertpa tak ada life nyer ko kena kerja kat situ...perrgghhh bosan giler.....ko akan berkawan dengan orang yang sama macam ko praktikal..tak kesah lah dari memaner like say poli or anything IPTA...tu jer lah kawan ko..kalau student poli tu sama bidang dengan ko okk jugak...kalau lain...huurmmm memang bosan...


pendek kata LI nie tak seronok pon...letih...tapi ia bagus bila dah berkerja nanti...

BUKAN SENANG NAK DAPAT SESUATU YANG BERHARGA...DAN BUKAN SENANG JUGA NAK LEPASKAN PELUANG KEEMASAN...



Monday, February 10, 2014

Afgan - Pencari Jalan Mu



Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai

Masih Adakah Kesempatan

Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta Kasihmu

Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk Jalanmu

Tiada Yang Ada Selainmu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang Tinggalkanmu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari Jalanmu
Yang Pasti Kembali Padamu

sammy simorangkir - dia







Dia hanya dia di duniaku
Dia hanya dia di mataku
Dunia terasa telah menghilang
Tanpa ada dia di hidupku

Sungguh sebuah tanya yang terindah
Bagaimana dia merengkuh sadarku
Tak perlu ku bermimpi yang indah
Karena ada dia di hidupku

Ku ingin dia yang sempurna (yang sempurna)
Untuk diriku yang biasa (yang biasa)
Ku ingin hatinya, ku ingin cintanya
Ku ingin semua yang ada pada dirinya

Ku hanya manusia biasa (yang biasa)
Tuhan bantu ku tuk berubah (untuk berubah)
Tuk miliki dia, tuk bahagiakannya
Tuk menjadi seorang yang sempurna untuk dia

Ku ingin dia yang sempurna (yang sempurna)
Untuk diriku yang biasa
Ku ingin hatinya, ku ingin cintanya
Ku ingin semua yang ada pada dirinya

Ku hanya manusia biasa (yang biasa)
Tuhan bantu ku tuk berubah (tuk berubah)
Tuk miliki dia, tuk bahagiakannya
Tuk menjadi seorang yang sempurna untuk dia

Saturday, February 8, 2014

Bila Tiba - Ungu









Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati




qhamie dan blog barunya

si qhamellya nie memang nak kena...sebelum nie memang dy ada kata nak buat blog baru cuma dy tak buat lagi okk lah masa tu memang aku tetunggu 'tranformasi' yang dy nak buat kat blog dy tu...


hampir sebulan lebih aku tak update dan tak tengok langsung pasal blog..just sport maner blog nak baca jer..masuk bulan kedua aku mula balik semula...dan si qhamie nie sekali lagi tak bagi tahu aper aper pon...


aku ada komen gambar yang dy pos kat fb..


aku memang dah biasa dengan gaya bahasa yang si qhamie nie guna dalam blog...point dy sikit jer..tapi mukadimah dy dah macam boleh buat novel dah...tak perlah qhamie nanti kalau ada rezeki ko jadi penulis pulak ekk...


okk kejap lepas tu si qhamie nie dok hantar IM kat aku..



haishhh...baru lah nak bagi link semua...kalau aku tak mintak dy pon senyap jer...hamper punyer kawan...aku balik seremban nanti siap ko...


okk nie blog baru si qhamie... qhamie  tak banyak lagi yang dy post kat sini..tak per beb slow slow...macam maner ko boleh bina night rain ko tu hope ko boleh bina sama jugak...



Friday, February 7, 2014

LATIHAN INDUSTRI (LI)

Ntah lah rasa tak teruja langsung...klau orang lain teruja bagai nak rak tapi aku macam tak ada perasaan...mental aku penat...fizikal aku pon penat.. maklum lah badan dah bias dengan persikataran kolej..kekadang kelas lambat...kekadang kelas awal...kebiasaan balik awal...bila badan kena set bangun pagi..pergi kerja dari pagi sampai petang..badan aku terkujat dengan semua itu terjadi...jadi aku rasa tak selesa bila aku kena timeming kan diri aku 360°C pergi kerja bali kerja..badan aku memang penat..



Bayang kan aku boleh tido awal kalau aku letih sangat...huurmmm dah macam zaman aku sekolah...tido awal...padan lah kawan aku masa dy LI dy cakap dy letih..hari hari dia letih...tak per sekarang aku dah tahu dah kenaper letih...huhuhuhuhu



Perangai buruk aku pergi kerja ialah boleh tido dalam office..kekadang dalam pukul 9.30 macam tu boleh tertidor...lepas makan memang akan mengantok lah usha di tanya macam maner banyak nyer setan kat mata aku..kekadang sampai sejam lepas lunch aku tido...series penat tahap gaban dah tu..



Aku ada 1 bilik untuk aku...dimana dalam bilik tu aku sorng jer...bosan giler..tapi bila pikir balik okk jugak tu..karang aku nak tido macam maner..hehehehe...



Kerje aku pulak sekarang nie pepagi pergi beli nasi lemak kat umah sewa aku nie..alah owner rumah sewa aku nie jugak yang jual..so kekadang beli lebih supaya tengah hari tak payah turun...dan berlanjutan sampai ke malam...hehehehe giler buruk melantak nyer pon...



Kat dalam office aku tu ada budak LI jugak tapi semua dari politeknik kat behrang tu...politeknik sultan azlan shah tak silap aku..tak per nanti kalau aku silap aku betul kan balik..hehehehe..so memang rehat dengan dy jer biasa...perangai sama jer macam aku..suka online kat office...yang sorang tu lagi lah awal awal lagi dah dapat gelaran “painball” sebab kantoi main painball dalam office...hehehee...




Aku kekadang keluar awal dalam pukul 5 camtu kekadang dah kelaur office dah..jahat kan aku...hehehe..nasib baik office ni tak ada punch card...kalau tak kantoi aku asyik keluar awal jer..bila time keje jangan lah buat perangai macam nie..tak elok kooo...

Thursday, February 6, 2014

HELLO. MOTHER MISSED YOU

credit to abg ben fb..

semalam masa aku dok online kejap..sebelum broadband bertukar service (tangan kepada akak aku) jadi ternampak gamabr nie kat dalam fb abg ben ashaari...


dulu masa aku memula datang nak belajar kat ipoh nie hurrmm jangan di tanya kenapa kekadang air hujan lebat tetiba...sepanjang aku hidup pertama kali terpisah dengan keluarga rasa nyer perrgghhh....bukan nya aku nie jenis tak ikot aktiviti sekolah aku ikot tetapi bila kena stay kat ipoh tu lain macam rasa nyer...


masa sem satu dulu 2 minggu sekali balik rumah...hehehee...masa sem 2 dah mula sebulan sekali kekadang 3 minggu sekali..kena tang sebulan tu homesick woooo...masuk sem 3 ada akak pulak dah...akak kena berkhimat kat ipoh tapi rumah lain lain..masa nie tengok cuti...hehehe..same thing sem 4 dan 5..


masa sem 1 and 2 tu..kalau mak call hujung minggu tu mesti nangis...asyik keluar jer airmata nie kalau cakap dengan kelaurga...penangan duduk jauh...


duduk jauh membuat kan kita makin rindu kat seseorang terutama keluarga kita sendiri...rasa yang kekadang ntahlah...kalau tak balik tu rasa kosong...walaupon ada sesetengah tempat pengajian ada sediakan program macam keluarga angkat tapi tak sama macam keluarga sendiri....

jangan kita dah kehilangan baru nak mencari...dah terlambat dah itu semua...dah tak ada guna nyer lagi...


Semester 6

Semester 6 adalah sem terakhir aku....dan juga sem terakhir kat ipoh...sem terakhir aku adalah menjalani latihan industri (LI)...


Banyak betol aku dah harungi sepanjang aku kat ipoh...nanti aku buat balik throwback dari sem 1 sampai sem 5..


Ada kekawan aku bertanya kenaper ko LI kat ipoh?? Kenaper tak kat seremban KL or memaner jer lah asalkan ko balik seremban selalu...sebab dyrang tahu semenjak aku datang ipoh aku tak banyak spend  time dengan dyrang...bayangkan dah 3 tahun baru jumpa semula...maun nyer tak aku kena bahan dengan dyrang tu...sampai ada yang kata “tak payah lah kau balik farah..duduk jerlah kat ipoh tu..” aku tahu korang sedih...aper tah lagi aku...dari form 2 berkawan sampai sekarang...bertapa lamanye hubungan yang telah kita buat...buat kerja gila gila...



Untuk semester 6 nie cuti aku langsung tak ada...tak macam aku study dulu ada midterm week semua bagai...tapi kali nie aku kena kerja..huurmmmmmmm orang lain boleh cuti rilek kan kepala aku kerja...?? how i want to survive it.?????


Bagi aku sem nie mencabar segala gala nya bagi aku…fizikal aku mental aku…semua nyer terseksa….last last boleh terkeluar statement “kenapa lah tak LI kat seremban..semua terjaga..” 


GOOD LUCK TO ME FOR THIS SEM...

Tuesday, February 4, 2014

The Best Moment In 2013

selepas 3 tahun aku kat ipoh...dan selepas 3 tahun aku habis SPM...buat pertama kali nyer berjumpa balik kami ber 'empat'


3 tahun contact by facebook twitter blog and so on....tak berjumpa...nak jumpa ada jer halangan...


finally date 20/12/2013...
dewan tun canselor MMU jumpa kami berempat...

lepas nie adakah lagi pertemuan macam ini??
adakah selepas 3 tahun??adakah lebih dari 3 tahun??
adakah aku masih ada peluang untuk berjumpa dengan korang kat seremban??




Ho Chi Minh Vietnam

aku tahu memang dah lambat aku nak tulis dalam blog...dah nak tahun baru tapi nak buat macam maner keadaan agak sibuk...jadi kat sini aku akan split kan tempat yang aku pergi kat vietnam..memandang kat negara vietnam tu besar sangat dan tersangat jauh untuk di teroka so aku ada pergi 2 tempat selain vietnam...


tempat yang pertama ialah Ho Chi Minh...kebanyakan rakyat malaysia akan datang ke sini untuk shopping...tak kesah lah nak shopping aper...telekung, baju kurung, kain dan macam macam lagi..aku dekat Ho Chi Minh adalah dalam 4 malam tak silap aku...malam pada hari yang memula datang aku da pergi ker pasar malam kat area BEN THANH MARKET...kat situ aku dah beli seluar jeans...okk lupa nak bagi tahu kat area Ho Chi Minh nie korang boleh menggunakan 3 jenis mata wang untuk di jadikan transaksi 1.RM ringgit malaysia..2.US Dollar..3.Dong vietnam...



pada keesokan hari pergi ke VIETNAM WAR MUSEUM .








history.

camera use during war

selesai kat sini selama beberapa jam..yang pasti lebih 2 jam dengan bergambar dan baca sejarah pasal Ho Chi Minh nie semua kitaorang balik ke hotel siap siap untuk gerak ke MuiNe...

MuiNe nie tempat pantai di mana tarikan pelancongan ada lah sand dune...so memang kami pergi lah tempat tarikan nie..nak pergi padang pasir bebetol nie jauh sangat...jadi maner yang terdekat nie kita pergi dulu..kalau ada rezeki dapat pergi ke padang pasir betol pon nak jugak..peluang keemasan jangan di tolak...

sewa atv...





sunset di sand dune..

yellow sand dune
okk sand dune nie terbahagi kepada 3..red, white and yellow sand dune... kat yellow nanti korang boleh tengok matahari terbenam...biasa korang tengok matahari terbenam kat laut tetapi kat vietnam di atas gunung...masa nie memang ramai giler orang dari luar negara memandangkan europe tengah winter jadi mereka semua lari ke asia...

okk keesokkan hari kami gerak ke DaLat vietnam...tempat peranginan...ala ala macam cameron highland gitu...tapi suhu dy bila malam mencecah 18 darjah celcius...memang sejuk giler...even malam nak balik ke ho chi minh tu mulut adik dan aku berasap...hehehee..dapat lah merasa macam duduk kat london gitu...

istana di DaLat

nak masuk istana kena pakai cover kasut..supaya tak kotor

memang crazy this house

drawing plan crazy house

one of the part

dari luar crazy house

permandangan bandar DaLat

atas cable car..

air terjun di DaLat..tersangat sejuk

roller coster lepas tengok air terjun

steam train...keretaapi pakai wap...
2 hari di DaLat macam macam benda kami terokai...okk barang sesiapa nak datang ke MuiNe dan DaLat korang kena bawak makanan secukupnya..secukupnya bermaksud berapa hari korang nak pergi tempat tu...sebab kat MuiNe dan juga DaLat tak ada makan HALAL langsung...jadi korang perlukan makan dari malaysia...untuk itu kami semua sudah bersiap sedia membawa makanan segera macam ini

lauk kari ayam dan nasi briyani kambing

biskut keropok milo manggie

bake bean
tu antara makanan yang kami bawak....dan selepas DaLat..kami balik semula ke Ho Chi Minh City untuk meneruskan penjelajahan kami sekerluarga...sampai Ho Chi Minh balik pagi dalam pukul 5.00 pagi..dan kami ambik teksi dan terus ke hotel...memandang kan ibu mahukan tempat kat malaysian street so dekat situ ada makanan halal lah..tak susah mencari..turun jer hotel dah jumpa makanan halal..dan dekat area tu jugak kebanyakkan pelancong malaysia nie suka duduk...alah dekat dengan restaurant kampung melayu semua tu...

destinasi pertama di Ho Chi Minh ialah Chu Chi Tunnel..tempat sejarah dan perang mereka dulu...

demo memasuki lubang pada zaman perang

antara perangkap samar



kepada yang meminat menembak..kat sini ada lapang sasar nya


selipar getak..yangdi perbuat dari tayar lori yang dah pecah

memasuki terowong

ubi kayu yag di rebus bersama air kelapa yang di culik dengan kacang tanah dan garam

antara kelonsong bom..

beri info pada zaman perang...kat sini kau akan rasa macam dekat US..
okk kat situ seharian...memandangkan kami pergi kat sini package..so siap ada makan tengahari...jadi kami makan di kedai melayu..pertama kali jumpa kedai melayu...

kedai shamsudin restaurant...the only one kedai dekat dengan Chu Chi Tunnel...so memang menjadi tarikan pelancong islam lah...

lepas makan kami gerak ke bandar Ho Chi Minh balik...kami pergi kedai Hard Rock Cafe...membeli tshirt barang sehelai 2... dan selepas itu merehatkan diri...untuk sambung perjalanan pada esok hari..

keesokkan hari kami pergi ke sungai Mekong...okk kat sini ada aktiviti yang kami buat..


minum madu + limau..campur tea o kosong..

menyusuri sungai Mekong

pembahagian nak bentuk gula gula..

proses nak masak...macam buat dodol..

packing

balut gula gula

bentuk gula gula...



okk lepas tu kami pergi naik boat kami balik dan pulang ke daratan. semasa dalam perjalanan tu kami di minumam air kelapa..sedap..manis jer.



pertama kali makan isi kelapa pakai kulit dy..

kemudian balik ke Ho Chi Minh dan terus packing untuk esok balik ke malaysia balik..


tamat lah perjalanan selama 7-14/12/2013...agak lama penat..balik sini terus badan rasa tak selesa...huhuhu


okk kepada yang nak pergi ke vietnam pergi lah seronok...untuk yang kaki shopping korang boleh shopping kat area malaysian street tu jer...untuk tips murah...jangan pergi waktu orang malaysia selalu pergi...sebab harga tak dapat kurang sangat...kalau ada anak anak kecil yang nak di bawa bersama..nasihat tak payah bawak lah..nanti mesti stress dengan anak kecil dengan diri sendiri lagi...so better pergi sorang kalau betul betul dah aim nak pergi untuk shopping...


okk tu jer lah dulu..nanti aku sambung story lelain aku...hehehe