Wednesday, April 3, 2013

'The Host' adik kepada filem 'Twilight'

tadi waktu aku tengah tunggu my boardband nie load...biasalah pakai maxis broadband..kekadang superb kekadang down sekejap...heehhee..so tengah tunggu tu ternampak kat mylaunchpad...

so this is mylaunchpad story...aku cuma copy paste jer...





‘The Host’ merupakan sebuah novel Stephenie Meyer yang bakal ditayangkan dan adakahah ianya lebih menarik daripada ‘Twilight’?Walaupun ‘Twilight Saga’ sudah pun berakhir, novel Stephenie Meyer ‘The Host’ telahpun dibikin sebagai sebuah filem khas untuk peminat buku beliau.

Anda mesti tertanya-tanya, adakah ‘The Host’ mampu menjadi filem yang hebat seperti ‘Twlight’? Sebenarnya, jalan cerita ‘The Host’ mempunyai persamaan dengan ‘Twilight’ kerana ia merupakan kisah cinta diantara seorang remaja perempuan dan dua orang lelaki. Pada masa yang sama, dunia kita bukan lagi dunia manusia, tetapi telah menjadi dunia yang diduduki alien. Alien di dalam cerita ini tidaklah kelihatan ganas, namun mereka akan memasuki badan manusia dan gunakan badan tersebut sebagai ‘host’ agar mereka dapat bergerak dan berjalan seperti seorang manusia biasa.






Yang menarik tentang filem ini adalah watak Melanie(Saoirse Ronan), seorang manusia yang ingin mempertahankan keluarganya dan orang tersayang walaupun badannya telah menjadi milik alien yang bernama Wanderer (Wanda). Saoirse Ronan melakonkan dua watak tersebut pada masa yang sama dan bakat pelakon muda ini tidak disia-siakan di dalam filem ini.
Kedua- dua watak remaja lelaki, dilakonkan oled Jared (Max Irons) dan Ian (Jake Abel) dimana Jared jatuh hati dengan Melanie dan Ian pula cintakan Wanda. Dengar pun dah tahu kisah cinta filem ini agak mengelirukan.


Sesiapa yang telah membaca buku ‘The Host’, anda akan rasa kecewa kerana buku setebal 800 muka surat tersebut tidak ditonjolkan sepenuhnya dalam filem ini. Tambahan pula, watak Wanda tidak diberi personaliti yang mendalam seperti di dalam novel.



Jika anda ingin menonton ‘The Host’, buatlah booking tiket pawagam anda di Maxis Movies.

'The Host' ditayangkan di pawagam pada 4 April, 2013.

ookkk cerita nie keluar esok..boleh lah korang pergi serbu pangung wayang terdekat....