Tuesday, July 30, 2013

Al- Fatihah...

Terdetik diriku tersungkur
Kau juang menyambut gagahan tanganku
Akanku abadikan pengorbanan cintamu padaku
Sentiasaku berdoa memanjatkan syukur

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan matinya

Oh terdetik tika kau terluka
Kau simpan tangisan di dalam hatimu
Maafkanlah semua kesilapan
Yang telah aku lakukan
Takkan ku persiakan segala harapan

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh tuhan damaikan hidup dan matinya





lirik lagu nie mengingat kan aku kat arwah atuk dan makcik aku...

belum sempat aku menabur jasa dan membuat bakti kepada arwah..

Allah lebih menyanyangi mereka...


arwah makcik aku pergi pada tahun 2006...dan di ikuti oleh arwah atuk aku pada tahun lepas 2012...


tak tahu lah raya tahun nie macam maner.....kalau dulu arwah atuk tetap berkeras nak buat rendang semua bagai...memandangkan nenek tak larat nak membuat jadi kerja tersebut telah di serah kepada menantu..


kehilangan atuk pada tahun lepas merupakan tamparan yang agak besar buat aku...kerana atuk aku balik kampung...adakah raya tahun ini aku akan balik macam biasa..??hati masih lagi berteka teki...


sejak aku tidak mendapat kata sepakat dengan adik mak aku ia telah membuat kan aku malas nak balik tetapi kerana arwah atuk aku tetap jugak nak balik dan melawat dia seperti biasa...sejak arwah atuk pergi terus terang aku tak balik selepas atuk di kebumikan...

aku rindu nak balik macam dulu....aku rindukan kenangan itu semua...


*Al-Fatihah kepada arwah Bujang b Hj Hassan dan Rosnah bt Bujang..kedua dua nya telah mengahadap Ilahi...*