Tuesday, February 4, 2014

Ho Chi Minh Vietnam

aku tahu memang dah lambat aku nak tulis dalam blog...dah nak tahun baru tapi nak buat macam maner keadaan agak sibuk...jadi kat sini aku akan split kan tempat yang aku pergi kat vietnam..memandang kat negara vietnam tu besar sangat dan tersangat jauh untuk di teroka so aku ada pergi 2 tempat selain vietnam...


tempat yang pertama ialah Ho Chi Minh...kebanyakan rakyat malaysia akan datang ke sini untuk shopping...tak kesah lah nak shopping aper...telekung, baju kurung, kain dan macam macam lagi..aku dekat Ho Chi Minh adalah dalam 4 malam tak silap aku...malam pada hari yang memula datang aku da pergi ker pasar malam kat area BEN THANH MARKET...kat situ aku dah beli seluar jeans...okk lupa nak bagi tahu kat area Ho Chi Minh nie korang boleh menggunakan 3 jenis mata wang untuk di jadikan transaksi 1.RM ringgit malaysia..2.US Dollar..3.Dong vietnam...



pada keesokan hari pergi ke VIETNAM WAR MUSEUM .








history.

camera use during war

selesai kat sini selama beberapa jam..yang pasti lebih 2 jam dengan bergambar dan baca sejarah pasal Ho Chi Minh nie semua kitaorang balik ke hotel siap siap untuk gerak ke MuiNe...

MuiNe nie tempat pantai di mana tarikan pelancongan ada lah sand dune...so memang kami pergi lah tempat tarikan nie..nak pergi padang pasir bebetol nie jauh sangat...jadi maner yang terdekat nie kita pergi dulu..kalau ada rezeki dapat pergi ke padang pasir betol pon nak jugak..peluang keemasan jangan di tolak...

sewa atv...





sunset di sand dune..

yellow sand dune
okk sand dune nie terbahagi kepada 3..red, white and yellow sand dune... kat yellow nanti korang boleh tengok matahari terbenam...biasa korang tengok matahari terbenam kat laut tetapi kat vietnam di atas gunung...masa nie memang ramai giler orang dari luar negara memandangkan europe tengah winter jadi mereka semua lari ke asia...

okk keesokkan hari kami gerak ke DaLat vietnam...tempat peranginan...ala ala macam cameron highland gitu...tapi suhu dy bila malam mencecah 18 darjah celcius...memang sejuk giler...even malam nak balik ke ho chi minh tu mulut adik dan aku berasap...hehehee..dapat lah merasa macam duduk kat london gitu...

istana di DaLat

nak masuk istana kena pakai cover kasut..supaya tak kotor

memang crazy this house

drawing plan crazy house

one of the part

dari luar crazy house

permandangan bandar DaLat

atas cable car..

air terjun di DaLat..tersangat sejuk

roller coster lepas tengok air terjun

steam train...keretaapi pakai wap...
2 hari di DaLat macam macam benda kami terokai...okk barang sesiapa nak datang ke MuiNe dan DaLat korang kena bawak makanan secukupnya..secukupnya bermaksud berapa hari korang nak pergi tempat tu...sebab kat MuiNe dan juga DaLat tak ada makan HALAL langsung...jadi korang perlukan makan dari malaysia...untuk itu kami semua sudah bersiap sedia membawa makanan segera macam ini

lauk kari ayam dan nasi briyani kambing

biskut keropok milo manggie

bake bean
tu antara makanan yang kami bawak....dan selepas DaLat..kami balik semula ke Ho Chi Minh City untuk meneruskan penjelajahan kami sekerluarga...sampai Ho Chi Minh balik pagi dalam pukul 5.00 pagi..dan kami ambik teksi dan terus ke hotel...memandang kan ibu mahukan tempat kat malaysian street so dekat situ ada makanan halal lah..tak susah mencari..turun jer hotel dah jumpa makanan halal..dan dekat area tu jugak kebanyakkan pelancong malaysia nie suka duduk...alah dekat dengan restaurant kampung melayu semua tu...

destinasi pertama di Ho Chi Minh ialah Chu Chi Tunnel..tempat sejarah dan perang mereka dulu...

demo memasuki lubang pada zaman perang

antara perangkap samar



kepada yang meminat menembak..kat sini ada lapang sasar nya


selipar getak..yangdi perbuat dari tayar lori yang dah pecah

memasuki terowong

ubi kayu yag di rebus bersama air kelapa yang di culik dengan kacang tanah dan garam

antara kelonsong bom..

beri info pada zaman perang...kat sini kau akan rasa macam dekat US..
okk kat situ seharian...memandangkan kami pergi kat sini package..so siap ada makan tengahari...jadi kami makan di kedai melayu..pertama kali jumpa kedai melayu...

kedai shamsudin restaurant...the only one kedai dekat dengan Chu Chi Tunnel...so memang menjadi tarikan pelancong islam lah...

lepas makan kami gerak ke bandar Ho Chi Minh balik...kami pergi kedai Hard Rock Cafe...membeli tshirt barang sehelai 2... dan selepas itu merehatkan diri...untuk sambung perjalanan pada esok hari..

keesokkan hari kami pergi ke sungai Mekong...okk kat sini ada aktiviti yang kami buat..


minum madu + limau..campur tea o kosong..

menyusuri sungai Mekong

pembahagian nak bentuk gula gula..

proses nak masak...macam buat dodol..

packing

balut gula gula

bentuk gula gula...



okk lepas tu kami pergi naik boat kami balik dan pulang ke daratan. semasa dalam perjalanan tu kami di minumam air kelapa..sedap..manis jer.



pertama kali makan isi kelapa pakai kulit dy..

kemudian balik ke Ho Chi Minh dan terus packing untuk esok balik ke malaysia balik..


tamat lah perjalanan selama 7-14/12/2013...agak lama penat..balik sini terus badan rasa tak selesa...huhuhu


okk kepada yang nak pergi ke vietnam pergi lah seronok...untuk yang kaki shopping korang boleh shopping kat area malaysian street tu jer...untuk tips murah...jangan pergi waktu orang malaysia selalu pergi...sebab harga tak dapat kurang sangat...kalau ada anak anak kecil yang nak di bawa bersama..nasihat tak payah bawak lah..nanti mesti stress dengan anak kecil dengan diri sendiri lagi...so better pergi sorang kalau betul betul dah aim nak pergi untuk shopping...


okk tu jer lah dulu..nanti aku sambung story lelain aku...hehehe