Sunday, February 23, 2014

Bukit Keledang Ipoh

semalam pagi aku dengan beberapa kawan kawan aku gerak untuk mendaki bukit keledang di mengelembu ipoh..perjalanan yang singkat di awal pagi dan di tambahi dengan kerata yang kurang memudah kan perjalanan kami...


pada mula nya nak sampai di kaki bukit dalam pukul 5.30 atau pukul 6 tetapi ada kami dah terlewat...dah sampai di kaki bukit matahari dah hampir nak keluar...ia sedikit menghampa aku...


kami mula mendaki dalam pukul 7 pagi.... kat sini memang kerja gila kejap...sampai sampai jer terus mendaki...apa kesan dy? masa nak mendaki tu nanti kaki akan sakit...diantara betis dengan paha dekat lututtu akan rasa something yang tak selesa...jadi berhati hati lah bila nak mendaki di kaki bukit or gunung...aktiviti pemanas badan amat lah penting sekali...


jalan nak menuju ke pucak bukit agak berberliku dan biasalah berbukit lah kan...takkan nama bukit jalan landai...so kat sini memerlukan kekuatan kaki untuk menahan berat badan dan juga untuk mendaki...terus terang aku kata banyak kali juga aku berhenti untuk sampai ke atas...


apabila sampai di atas berehat kan kaki sebelum meneruskan perjalanan untuk turun semula di kaki bukit...untuk turun tak mengambil masa yang lama...dan hanya sekali berhenti sebelum meneruskan perjalanan turun...


sampai jer kat bawah kami ada nampak ambulance untuk naik ke bukit keledang..kemungkinan ada orang pengsan kot kat atas...jadi panggil ambulance jer 1 penyelesaian...hehehehe

okk selepas kami mendaki bukit keledang kami membuat keputusan untuk pergi mandi di Ulu Chepor...tu aku akan cerita pada next post..