Okk last week balik ke seremban dan pergi menghadiri maybank
treat fair di mid valley megemall..
Yang mane tak pernah dengar tu mesti pelik kan..okk meh sini
aku cerita sikit apa sebenar maybank buat nie...apa ada dekat sini semua bagai
lah...
Okk dekat sini ada jualan barangan elektrik khusus nya sebab
apa aku kata macam tu...mak dengan ayah aku jadi gile bila tengok barang kat
situ...jualan barang jauh lebih murah berbandng kalau kita pergi ke kedai yang
menjual barangan elektrik..dekat sini juga mereka yang menjual memberi kita
pilihan di mana sama ada mahu membeli menggunakan point yang di kumpul ataupon
menggunakan kad untuk mendapat point..ada diantara pelanggan menggunakan
separuh point dan separuh lagi adalah kad...
Kalau korang pengguna maybank kad sama ada visa kad,
petronas kad atau pon apa apa penggunaan kad dari maybank mesti korang dapat
bank statement dari maybank yang mengata kan ada point terkumpul dari pembelian
korang yang menggunakan kad maybank..jadi point tu korang kumpul dan tebus pada
masa nie...
Barangan yang boleh di tebus adalah sama ada barangan
elektrik secara pembelian ataupon mahukan barangan exclusive dari
maybank...macam ayah point yang di kumpulkan dia dapat beli air cooler untuk
rumah..dan ayah ada membeli beberapa barangan lain...sampai penuh lah 1 kereta
tu..nasib baik dah penuh kalau tidak mahu di beli macam macam lagi....
Okk akak dan ayah aku adalah pengguna maybank kad nie semua
lah...so akak aku tak membeli sangat..Cuma ayah aku jer yang dok membeli nie...akak aku lebih kepadan nak redeem point
untuk mendapatkan barangan exclusive dari maybank...jadi akak aku telah dapat
wireless mouse, tempat simpan external harddisk dan beg isi laptop..pada aku
beg laptop tu boleh lah setakat lepas nak isi laptop n charger...
Ada mini konsert kat sana juga adalah artis malayasia yang
datang...masa aku pergi tu ada bob alah bob mesra af2 tu..ada fahrin
ahmad...ada hafiz hamidun...lagi ntah siapa lah aku pon tak kenal
sangat...tengok lama kan aku kat mid valley tu....punya bersesak sesak untuk
mendapat barangan yang di idamkan oleh pelanggan pelanggan maybank...dan ada
gift dari maybank yang ayah dapat ialah powerbank, mug like a cawan
starbuck..like jer tapi bukan sama pon..dan ada 1 beg baju..beg baju tu adik
yang dapat ayah kata nie ‘beg budak asrama’ gile kejam bunyi nya...