Monday, June 16, 2014

100hari MH370

genap100 hari dah kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA menuju ke Beijing China..kita semua masih menanti berita tentang MH370...


rakyat Malaysia masih berdoa supaya MH370 kembali ke Malaysia...


berat mata memandang berat lagi bahu waris dan juga keluarga penumpang MH370


pelbagai persoalan dan pelbagai spekulasi yang di keluarkan oleh pelbagai pihak tentang kehilangan MH370..


aku mengikuti perbualan antara penyampai berita Izwan Azir dengan Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri malaysia di TV3 melalui slot Buletin Utama...


Tun Dr Mahathir seorang perdana menteri yang bertahun memengang tampuk kerajaan di Malaysia memberi pandangan tersendiri..


antara jawapan yang menarik minat aku adalah..

"mana mungkin zaman sekarang kapal terbang sepanjang 63 meter hilang macam tu sahaja..keluar tepi jalan pon masih boleh di dapat kesan melalui statelit"

"kapal terbang sekarang kalau terhempas kat darat atau di laut mesti akan crash tetapi kes MH370 hilang macam tu sahaja tak dapat kesan apa pon agak mustahil pada zaman sekarang nie"

"pihak yang menjaga statelit tak mungkin memberi data data yang di perolehi melalui statelit yang boleh merangkap data data ini semua"


malah bila Tun Dr Mahathir sendiri berkata ada 'rahsia' di sebalik kehilangan MH370 ini dah menimbulkan pelbagai spekulasi tertanya tanya di benak masyarakat Malaysia....


apa apa pon rakyat malaysia masih berharap dengan keajaiban yang berlaku pada MH370..sama sama lah kita berdoa agar MH370 kembali ke Malaysia...buat MH370 kami di sini masih setia menanti tentang berita tentang kepulangan MH370...