Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Sekali lagi Malaysia di gemparkan pesawat MAS MH17 telah di tembak di Ukraine. Pesawat malang itu dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur yang telah berlepas dari Amsterdam pada pukul 10.15 pagi waktu Amsterdam dan di jangka tiba di KLIA pada pukul 6.10 pagi ini.



Sidang media di Hotel Sama Sama KLIA, Dato Sri Najib Razak telah mengesahkan pesawat itu milik MAS MH17. Pesawat yang membawa seramai 295 penumpang – 280 orang awam dan 15 anak kapal yang menggunakan pesawat boeing 777.



Laluan udara yang di gunakan pesawat MH17 telah di sahkan selamat oleh ICAO. Laluan ini bukan pesawat MH17 sahaja yang di gunakan bahkan hampir ke semua pesawat kormersial guna.



Wisma Putra sedang berkerjasama dengan kerajaan Russia dan Ukraine untuk susulan laporan MH17 yang telah di tembak oleh pihak pengganas.



Sekiranya benar pesawat MH17 ini telah di tembak pihak yang bertanggung jawab saptutnya di bawa ke muka pengadilan, kerana telah melibatkan orang awam dan orang yang tidak bersalah.



Satu fakta menarik pasal MH17 ini, pesawat MH17 ini telah berusia 17 tahun pada 17/7/1997. Ke semua bermula dari angka 17. Apa pon sama sama lah kita berdoa dan membaca Al-Fatihah untuk mangsa yang terkoban dalam nahas MH17.



‘Hari yang tragik dalam tahun yang tragik buat Malaysia’ di petik dari sidang media, kata kata Dato sri Najib Razak.



Salam Takziah dari Farah Noorlin buat ahli keluarga nahas MH17.