Wednesday, July 9, 2014

Dari Novel di adaptasi ke drama atau ke filem

Banyak dah novel novel yang ada di pasaran di adaptasi menjadi suatu jalan cerita yang mempunyai watak tersendiri...kebanyakkan pengemar novel sudah pasti tertunggu tunggu novel yang ada didalam koleksi peribadi untuk di hayati sama ada sama seperti didalam novel atau berbeza dari sudut jalan cerita yang di hasilkan..



Seperti aku sendiri yang sudah mempunyai koleksi novel..tak kira lah dari alaf 21 ker karya seni ker FIXI ker dan ada beberapa lagi syarikat penerbitan lain...dan seperti biasa kebanyakkan dari alaf21..



Kemungkinan sudah menjadi trend menjadikan novel kepada suatu jalan cerita yang sebenar sama ada di layarkan di layar perak mahupon di kaca TV di rumah...



Apa yang aku dapat lihat apabila novel di adaptasikan kepada suatu cerita ia pasti akan mendapat sambungan yang hangat tidak pernah mengecewakan semua penonton yang ada yang menjadi peminat..



Begitu juga dengan penonton yang tidak gemar membaca, apabila melihat jalan cerita menarik ia pasti akan mencari buku tersebut..secara tak langsung ia telah menarik minat untuk membaca novel yang ada di pasaran...



Ada beberapa syarikat pengeluaran akan mengeluarkan buku berbentuk e-book...dimana kita akan melakaukan transaksi untuk membeli dan kita akan dapat dalam bentuk digital..memang tidak memerlukan ruang untuk penyimpanan tetapi pada aku kurang menarik sikit lah sebab tak boleh pegang dan baring gelak sensorang sekiranya jalan cerita itu menarik...



Buat masa nie aku memperlahankan pembelian novel yang ada di pasaran..kerana rak buku kat umah dah penuh...tunggu ada imbuhan untuk membeli rak buku yang baru baru bersemangat nak mengumpulkan koleksi novel yang ada di pasaran...bagi aku menyimpan novel novel yang ada didalam koleksi akan merasa puas untuk membaca dan terus membaca...




Jadi kepada yang kurang gemar membaca novel yang berbentuk formal..cuba try dengan buku novel dari FIXI...selepas tu confirm korang akan nak baca dan mengumpulkan buku dari syarikat penerbitan tersebut...