Wednesday, June 19, 2013

Man Of Steel

okk memang dah rancang nak tengok man of steel dengan kawan dari ipoh dan subang...so hari isnin baru dapat merealisasikan...

kami pergi tengok di GSC berjaya times square...


okk jalan cerita man of steel nie...

kelahiran anak di planet krypton telah mengubah segala galanya...joe-el telah menghantar carl-el (clark di akhir cerita) ke bumi dan telah di jaga oleh ibu bapa angkat di bumi..pada zaman clark nie kecik ramai yang tidak meyukai clark dan suka membuli (kesian dia) dan apabila besar ia telah menolong dunia dalam menghapuskan kekajaman zod....ia telah di kesan oleh jeneral zod yang kejam...hehe...dan berlaku nyer pergaduhan tumbuk menumbuk...dalam masa yang sama lois telah menceritakan kepada orang ramai tentang kisah peribadi si clark nie dan ia telah menimbul kan lagi ketidak kepercayaan penduduk bumi sebelum kedatangan jeneral zod...lois dan clark berkerjasama dalam menghapuskan jeneral zod dan angkatannya...dan macam biasa lah hero mesti menang...dan clark telah berkerja di tempat yang sama dengan lois di akhir cerita...

okk cerita nie 2 jam 1/2..pada aku 1 jam yang pertama bosan sikit...tapi jam yang terakhir telah mengubah segala galanya dengan penggunaan effect CGI yang mantap...lagi the best...telah membuat aku tak senang nak duduk...hahaha..dan kat dalam cerita man of steel nie ada beberapa scene handphone meraka telah memilih handphone nokia lumia...so kepada user lumia..berbangga lah anda...lumia in man of steel...

okk kami telah memutuskan untuk tengok show pad pukul 3.20..dan ia adalah 3D..


aku ada sikit masalah dengan spek 3D GSC...masalah sebab aku pakai spek mungkin kat bahagian tengah spek aku terlalu tebal dan telah menyebabkan kat tengah spek 3D nie tak muat nak masuk..untuk spek 3D TGV aku tidak mempunyai sebarang masalah..boleh pakai dengan selesa...

jadi kepada sesiapa yang masih belum menonton man of steel ...masib belum terlewat untuk menyaksikan di pawagam terdekat...