Tuesday, March 20, 2012

my daddy in paper part 2!!!!!!!!

okk..sekarang aku dah abis kelas blh lah aku update lagi..

nie gmbr ayah aku kat dlm paper utusan...hehehehe


waa.. bangga giler kot...

okk ayah aku nie wakil kan sekolah dy sebab sekolah dy terpilih dlm program NKRA...
so nie detail berita dy ekk..

"KUALA LUMPUR 15 Mac - Kira-kira 14,000 warga pendidik daripada 403 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 bernilai hampir RM15 juta, hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 300 sekolah kebangsaan, 46 sekolah jenis kebangsaan Cina, 51 sekolah jenis kebangsaan Tamil, lima sekolah agama bantuan kerajaan dan sebuah sekolah Orang Asli.
Katanya, pencapaian itu menunjukkan kejayaan sekolah serta pendidik terlibat menyahut seruan kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.
"Apa yang membanggakan kita semua ialah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang dan menyamaratakan peluang pendidikan berkualiti antara bandar dan luar bandar juga nampaknya telah membuahkan hasil.
"Ini terbukti pada hari ini, apabila sebuah sekolah Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Pekan, Pahang telah berjaya menerima ganjaran tawaran baru ini daripada 403 keseluruhan sekolah rendah terpilih," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah BITB dan Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2011 di sini hari ini.
Beliau menambah, bilangan 403 sekolah serta guru besar yang menerima BITB dan TBGB itu amat membanggakan kerana pencapaian tersebut melepasi nilai empat peratus daripada 7,635 sekolah rendah seperti disasarkan kerajaan.
Katanya, kejayaan itu menunjukkan para guru besar, guru, kakitangan sokongan, murid, ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah terlibat mempunyai kekuatan mental serta fizikal yang mantap.
"Pemimpin sekolah mesti mampu untuk berinteraksi dengan orang lain yang berbeza pandangan, memahami keperluan semasa dan masa hadapan negara serta berjaya menggabungkan pelbagai pandangan berbeza menjadi satu idea mantap demi kemajuan pendidikan negara," katanya."

ambik dari utusan online

so aku sebagai anak dy memang rasa bangga giler ngan apaer yg ayah aku dah buat....
so tu lah dy....
t next aku pos lagi ekk..